19 Oktober 2012

Ke mana Umur kita!!






Setiap kali menjelang ulang tahun kelahiran, pasti bakal kita menerima "ucapan" seperti ini Happy Birthday, Sanah Helwah, Allah selamatkan kamu dan sebagainya, tak kurang juga yang menyebut selamat hari tua Bro.. haha. 

Saat itu kita merasakan apa,? wahh! umur ku.. tak sangka, ada juga yang berkata, biar umur tua, jiwa tetap muda, dan selagi hidup masih ada harus kita enjoy. Tetapi tahukah kita, bahawa "Birthday" yang kita ucapkan selamat itu sebenarnya semakin berkurang, dan semakin hampir kepada kematian.

Seeloknya di samping bergembira, jangan lupa aspek manfaat dan kualiti amal yang kita lakukan perlu seiring dengan pertambahan usia kita.  Hal ini penting kerana di Akhirat nanti, setiap individu akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah s.w.t. 

Sebagaimana di dalam hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud: "Tidak berganjak kedua-dua kaki Seorang hamba pada Hari Kiamat sehingga ia disoal mengenai umurnya pada  perkara apakah ia habiskan, ilmunya untuk apakah ia gunakan, harta bendanya dari manakah ia peroleh dan pada apakah ia belanjakan, mengenai tentang Tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan serta kecergasannya. "(HR Tarmizi).

Dalam Hidup Manusia terdapat tonggak umur yang sangat penting, Antaranya umur 40 tahun sebagaimana tertera dalam al-Quran dalam surah Al-Ahqaf ayat 15-16
Allah berfirman: "Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai keperingkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai keperingkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: ' Wahai Tuhanku ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang Engkau kurniakan kepadaku dan ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan  meresap masuk kedalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepada-Mu)". 

Seterusnya Allah berfirman: " Mereka (yang bersifat dengan sifat-sifat yang terpuji seperti itu, ialah orang-orang yang Kami terima dari mereka amal yang baik yang mereka telah kerjakan, dan Kami ampunkan kesalahan-kesalahannya; (mereka akan dimasukan) dalam kumpulan ahli syurga, sebagai memenuhi janji yang benar, yang telah dijanjikan kepada mereka."

Nabi Muhammad s.a.w. dalam sebuah hadisnya yang bermaksud: "Apabila seseorang sudah mencapai usia 40 tahun, sekiranya kebaikannya tidak mengatasi keburukannya, syaitan mencium di antara kedua-dua matanya dan berkata, 'Inilah Manusia yang sangat malang'.
Dalam Riwayat lain, Nabi bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa umurnya sudah melebihi 40 puluh tahun sedang kebaikannya tidak lebih banyak daripada keburukannya, hendaklah ia menempuh keberangkatannya ke neraka.'' 

Daripada dua hadis berkenaan, Nabi s.a.w. menganjurkan umatnya untuk memeriksa amal perbuatannya setiap kali menyedari umurnya Kian bertambah. Umur Aset yang akan dipertanggungjawabkan. Kita pasti 'Beruntung dan celaka' dengan umur panjang kita. Semuanya bergantung pada amal yang kita lakukan. Rasulullah s.a.w. menyimpulkannya dalam dua kalimat iaitu "Manusia paling baik ialah yang panjang umurnya dan baik amal perbuatannya. Manusia paling Buruk ialah yang panjang umurnya dan Buruk amalnya.

Sehubungan dengan itu, kita perlu menggunakan sisa umur yang masih diberikan ini dengan amalan yang baik khasnya bagi mencapai 'Husnul Khatimah' iaitu penghabisan umur yang baik. Mereka yang tidak menggunakan usianya dengan sebaiknya berada dalam Kerugian Dunia dan Akhirat.
Hidup hanya sekali kerana peluang tidak datang berkali-kali. Hanya mereka yang terpimpin dengan al-Quran dan sunnah Nabi yang akan sentiasa berwaspada terhadap Peringatan Allah s.w.t. Dalam surah al-'Asr yang bermaksud: "Demi masa, sesungguhnya manusia Manusia itu dalam Kerugian kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan Sabar".

Orang yang cerewet dengan masa Sebenar akan memanfaatkan dan mengisinya dengan membaca, Berfikir dan berzikir.
Orang sebegini akan mendapat keberkatan umur daripada Allah s.w.t Selain itu, walaupun hayatnya tidak lama, jumlah sumbangan mereka akan kekal selamanya, namanya sentiasa disebut serta dijadikan rujukan, hujah dan dalil. Sebagai contoh Imam Syafie, yang meninggal pada usia 50-an. Imam Ghazali dalam persekitaran juga sama, manakala Imam Nawawi pula pada usia 43 tahun. Mereka meninggalkan Khazanah Sains dengan warisan kitab yang membina bukan Sahaja kepada Tamadun Manusia malah menjadi Penggerak Tamadun material soleh. 

Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Munafiqun ayat 9 hingga 11 yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman, Janganlah kamu dilalaikan oleh Urusan harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintah-Nya). Dan ingatlah, sesiapa yang melakukan demikian, mereka itulah orang yang rugi. "Belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian daripada rezeki yang Kami sediakan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya:" Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan ke datangan ajalku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah; dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh".

"Dan ingatlah, Allah tidak sekali-kali melambatkan kematian seseorang (atau Sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya, dan Allah amatlah Mendalam Pengetahuan-Nya mengenai segala yang kamu kerjakan."

Ketika kita menyayikan lagu 'Happy birthday to you', janganlah kita lupa merenung hadis ini  "Rebutlah olehmu akan lima perkara sebelum datang lima perkara: Hidup kamu sebelum mati, sihat kamu sebelum sakit, masa lapang kamu sebelum masa kesibukan kamu, muda kamu sebelum tua dan kaya kamu sebelum miskin .." (HR Hakim dan Baihaqi).



















17 Oktober 2012

Mengharapkan Cinta Allah


Kerana  kecintaan kepada Allah itu boleh menyelamatkan orang yang mencintai-Nya daripada azab-Nya, mestinya seorang hamba tidak mengganti cinta itu dengan sesuatu yang lain sama sekali.

Imam Ahmad berkata, "Kami diberitahu Sayyar, kami diberitahu Ja'far, kami diberitahuu Abu Ali, dia berkata,"kami mendengar bahawa kenyataan berikut ini dalam wasiat Isa bin Maryam a.s. "Wahai para Hawariyin, cintailah Allah sekalipun mendapat kebencian para pelaku kederhakaan dan dekatlah kepada-Nya sekalipun dengan kemarahan mereka, serta carilah keredhaan-Nya sekalipun mendapat kemurkaan mereka.

Para Hawariyin itu berkata, "Wahai Nabi Allah, lalu dengan siapa kami bergaul?"

Isa a.s. menjawab, "bergaullah dengan orang yang perkataannya boleh menambah amal kamu, yang pandangannya dapat mengingatkan kamu kepada Allah dan yang ilmunya dapat membuatmu  zuhud didunia."

Menghadapkan diri kepada Allah mengandungi balasan yang terlihat didunia, maka Allah menghadapkan hati hamba-Nya kepada orang yang juga menghadap kepada-Nya, sebagai mana Dia memalingkan hatinya daripada orang yang berpaling daripada-Nya. Sebab bukankah hati hamba-hamba itu ada di Tangan Allah, bukan ditangan mereka sendiri.

Allah Berfirman dalam surah Al-Nahl ayat 53
("Dan, apa pun nikmat yang ada pada kamu sekelian, maka datangnya daripada Allah.")

Al-Imam Ahmad menyebut, kami diberitahu Abu Mu'awiyah, dia berkata, "Aku diberitahu al-A'masy, daripada al-Munhal, daripada Abdullah bin al-Haris, dia berkata, "Allah mewahyukan kepada Daud Alahis-Salam, dengan berfirman, "Wahai Daud, cintailah Aku dan buatlah hamba-hamba Ku mencintai-Ku serta buatlah Aku mencintai hamba-hamba-Ku."

Daud berkata," wahai Rabb-ku, aku memang mencintai-Mu dan boleh membuat-Mu mencintai hamba-hamba-Mu?"

Allah berfirman, "Sebutlah asma-Ku ditengah- tengah mereka, kerana mereka tidak mengingat dari-Ku kecuali yang baik-baik."




'Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu cinta-Mu dan cinta orang-orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cinta-Mu. Ya Allah, apa yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa-apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia sebagai kekuatan bagiku tentang apa yang Engkau cintai, dan apa-apa yang Engkau singkirkan  daripadaku daripada apa-apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia kekosongan bagiku tentang apa yang Engkau cintai. Ya Allah, jadikalah cinta-Mu sesuatu yang paling ku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air yang dingin saat dahaga. Ya Allah, bantulah aku mencintai-Mu, malaikat-malaikat-Mu, Nabi-Nabi-Mu, Rasul-Rasul-Mu dan hamba-hamba-Mu yang soleh. Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti yang Engkau cintai. Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan sepenuh hatiku dan redha kepada-Mu dengan segala usahaku. Ya Allah, jadikanlah sepenuh cintaku bagi-Mu dan seluruh usahaku di dalam keredhaan-Mu.'



Al-Junaid berkata, " saya mendengar bahawa ada  dua orang bersaudara yang saling berpelukan. Salah seorang diantara keduanya berkata, " Aku begitu cinta." Yang lain berkata," Aku sangat menyayangimu."

Sahl bin Abdullah berkata," Tidak ada sesaat waktu pun yang berlalu melainkan Allah mengetahui apa yang terdetik di dalam hati hambanya. Mana pun hati yang melirik kepada selain Allah, maka Allah menjaga seluruh anggota tubuhnya."

Dia juga berkata, "Barangsiapa merasa Allah dekat dengannya, maka hatinya akan terasa jauh daripada hal-hal selain Allah, dan barangsiapa mencari keredhaan Allah, maka akan Allah membuatnya redha, dan barangsiapa menyerahkan hatinya kepada Allah, maka Allah menjaga seluruh anggota tubuhnya."

15 Oktober 2012

Aku Mencintaimu Kerana Allah










Ammar bin Yasir menjawab, "Akan kuberitahu kepada kamu semua bahawa seorang saudara kamu semua daripada orang-orang yang terdahulu, iaitu Musa Alaihis-Salam pernah bersabda, "Wahai Rabb-ku, beritahulah kepadaku siapakah orang yang paling Engkau cintai?"
Allah bertanya, "Untuk apa?"
Musa Menjawab," Agar aku boleh mencintainya
seperti cinta-Mu padanya."     
Allah Berirman, "Iaitu hamba yang berada dihujung atau ditepi dunia lalu ada hamba lain di hujung dunia atau ditepi dunia lain yang tidak melihatnya namun mendengarnya, jika hamba yang pertama ditimpa musibah, maka seakan-akan musibah itu juga menimpa dirinya dan jika hamba yang pertama tertusuk duri, seakan-akan duri itu juga menusuknya. Dia tidak mencintainya melainkan kerana Aku. Itulah makhluk yang paling kucintai."


Musa berkata, "Wahai Tuhanku, Engkau menciptakan makhluk, namun Engkau memasukkan mereka kedalam api neraka atau menyeksa mereka."
Lalu Allah mewahyukan kepada Musa dan semua makhluk-Nya, kemudian berfirman,  "Tanamlah tumbuhan!" Maka Musa melakukannya.
Allah berfirman, "Siramlah tumbuhan itu! Maka Musa melakukannya. 
Kemudian Allah berfirman, "Hampirilah tumbuhan itu!" Maka Musa melakukannya seperti yang dikehendaki Allah. 
Lalu Musa memetik buahnya dan menyimpannya. 
"Apa yang kamu lakukan terhadap tanamanmu wahai Musa?" Allah bertanya.
           
             "Aku menuai semua dan menyimpannya," Jawab Musa.
            
              "Apakah kamu tidak meninggalkan sedikitpun saki-bakinya?" 
 "Aku meninggalkan yang tidak baik atau yang tidak kuperlukan," Jawab Musa. 
Allah berfirman, "Begitu pula Aku, yang tidak menyeksa kecuali yang tidak ada kebaikannya."