Rejab Bulan Menabur Benih
Syaaban Bulan Menyiram Tanaman
Ramadhan Bulan Menuai
Rejab Menyucikan Badannya
Syaaban Menyucikan Hatinya
Ramadhan Menyucikan Rohnya
Rejab Bulan Maghfirah
Syaaban Bulan Syafaat
Ramadhan Bulan Menggandakan Kebajikan
Rejab Bulan Taubat
Syaaban Bulan Muhibbah
Ramadhan Di limpahi Pahala Amalan
Rejab Di gandakan 70 Pahala
Syaaban Di gandakan 700 Pahala
Ramadhan Di gandakan 1000 Pahala
"Sesungguhnya aku menasihati kamu, bukan bererti aku yang terbaik di kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh di kalangan kamu, kerana aku juga pernah melakukan kesalahan. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka tidak ramailah orang yang memberi peringatan." (Hassan al-Basri)
29 Jun 2011
23 Jun 2011
AKU DAN CINTA 1
BISMILLAHIRAHMANNIRRAHIM..
ALLAH TA'ALA BERFIRMAN BERMAKSUD
:DI HIASKAN(DIJADIKAN INDAH)KEPADA MANUSIA KESUKAAN KEPADA BENDA2 YANG
DIINGINI NAFSU IAITU PEREMPUAN,ANAK PINAK,HARTA BENDA YANG BANYAK BERPIKUL-PIKUL DARI EMAS DAN PERAK KUDA PELIHARAAN YANG BERTANDA LAGI TERLATIH,BINATANG2 TERNAK DAN KEBUN2 TANAMAN SEMUA ITU ADALAH KESENANGAN HIDUP DIDUNIA DAN(INGATLAH)PADA SISI ALLAH ADA TEMPAT KEMBALI YANG SEBAIK-BAIK(IAITU SYURGA) (SURAH ALI IMRAN AYAT 14)
~perlu di insafi bahawa cinta kebendaan bersifat sementara tetapi alangkah baiknya cinta kpd kebendaan itu di manfaatkan ke jalan ALLAH
RASULULLAH S.A.W BERSABDA:TIGA PERKARA APABILA PADA DIRI SESEORANG NESCAYA DIA AKAN MERASAI KEMANISAN IMAN IAITU HENDAKLAH ALLAH DAN RASULNYA LEBIH DICINTAI DR YANG LAINNYA;HENDAKLAH DIA MENGASIHI DAN MENCINTAI SAUDARA SEMUSLIM KERANA ALLAH TA'ALA DAN DIA AMAT BENCI UNTUK KEMBALI KPD KEKUFURAN SETELAH DISELAMATKAN OLEH ALLAH DARIPADANYA SEBAGAIMANA DIA BENCI UNTUK DI CAMPAKAN KE DALAM API NERAKA YG BERNYALA-NYALA.(HADIS RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM)
~cinta seorang muslim kpd RASULULLAH S.A.W di buktikan melalui kepatuhan mengikut sunnahnya dan menjauhi apa yang di larangnya.RASULULLAH S.A.W sbg MODEL terbaik dalam membuktikan kecintaan yg dalam kepada Para Sahabatnya,kpd sekelian muslimin tak kira tua,muda,besar kecil,miskin kaya semuanya sama CINTA RASULULLAH TERHADAP MEREKA MELEBIHI KASIH DAN CINTANYA TERHADAP DIRI SENDIRI.
Langgan:
Catatan (Atom)