28 Disember 2012

Keadaan Bumi dan Kubur


"Wahai anak muda jangan sangka matimu tua
Wahai si tua jangan sangka kamu tiada mati!!"

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 28 yang bermaksud:

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat kelak); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

Dan Firman Allah Ta'ala dalam Surah Al-Hajj ayat 7 yang bermaksud:

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dan bahawa sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang, tidak ada sebarang syak padanya, dan bahawa sesungguhnya Allah akan membangkitkan (menghidupkan semula) orang-orang yang di dalam kubur.

Juga Firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat 185 yang bermaksud:
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

Imam Anas bin Malik r.a mengatakan: "Bahawasanya bumi setiap hari memanggil dengan 10 kalimat. Bumi itu berkata:
:::"Wahai anak cucu Adam, kamu BERJALAN di atas punggungku, TAPI tempat KEMBALI mu di dalam perutku".

:::"Kamu melakukan MAKSIAT di atas punggungku, TAPI kamu DISIKSA dalam perutku". 

:::"Kamu BERGURAU di atas lambungku, TAPI kamu MENANGIS dalam perutku".

:::"Kamu MAKAN BARANG HARAM di atas punggungku, TAPI seluruh SINGGAT akan memakan kamu di dalam perutku".

:::"Kamu BERGEMBIRA RIA di atas punggungku, TAPI kamu akan merasa SUSAH dalam perutku.

:::"Kamu MENGUMPULKAN BARANG HARAM di atas punggungku, TAPI kamu HANCUR dalam perutku".

:::"Kamu SOMBONG di atas punggungku, TAPI kamu menjadi HINA dan REMEH di dalam perutku".

:::"Kamu BERJALAN DENGAN BERSUKA RIA  di atas punggungku, TAPI kamu jatuh KESEDIHAN dalam perutku".

:::"Kamu BERJALAN dalam CAHAYA  di atas punggungku, TAPI kamu akan duduk dalam KEGELAPAN yang gelap gelita dalam perutku".

:::"Kamu BERJALAN untuk BERJEMAAH di atas punggungku, TAPI kamu duduk SENDIRIAN dalam perutku".

Disebutkan dalam hadith, bahawasanya kubur itu setiap hari memanggil 3 kali:
>>>"AKU ADALAH RUMAH PERSENDIRIAN, DI PENUHI BINATANG BUAS, KALA JENGKING DAN ULAR".
>>>"AKU ADALAH RUMAH YANG GELAP".
>>>"AKU ADALAH RUMAH SINGGAT".

Diterangkan dalam riwayat yang lain, bahawasanya kubur tiap hari memanggil 5 kali:

@@@"Aku rumah yang TERPENCIL, maka hendaklah kamu senang membaca AL-QURAN
@@@"Aku rumah yang GELAP, maka terangilah aku dengan SOLAT MALAM".
@@@"Aku rumah DEBU, maka bawalah tikar, iaitu berupa AMAL SOLEH".
@@@"Aku rumah ULAR, maka bawalah perlindungmu, iaitu BISMILLAHI RAHMANIRRAHIIM dan MENCUCURKAN AIR MATA".
@@@"Aku rumah PERTANYAAN Munkar dan Nakir. Maka perbanyaklah bacaan "LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMADUN RASULULLAH" di atas punggungku, agar kamu dapat menjawab setiap pertanyaan Malaikat Munkar dan Nakir".
Hadith Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa.
Maka berkata Izrail: “Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.”

23 Disember 2012

Akibat Buat Maksiat


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah Az-Zumar ayat 53).

  1. Maksiat Menghalangi Ilmu Pengetahuan: Ilmu adalah cahaya yang dipancarkan ke dalam hati. Namun, kemaksiatan dalam hati dapat menghalangi dan memadamkan cahaya tersebut. Ketika Imam Malik melihat kecerdasan dan daya hafal Imam Syafi'e yang luar biasa,Imam Malik berkata: "Aku melihat Allah telah menyiratkan cahaya di dalam hatimu, wahai anakku. Janganlah engkau padamkan cahaya itu dengan maksiat".
  2. Maksiat menghalangi Rezeki: Jika ketakwaan adalah penyebab datangnya rezeki, maka meninggalkannya bererti menimbulkan kefakiran. "Seseorang hamba dicegah dari rezeki akibat dosa yang diperbuatnya". (Hadis Riwayat Ahmad).
  3. Maksiat Menimbulkan Jarak dengan Allah: Diriwatkan ada seorang lelaki yang mengeluh kepada seorang arif tentang kesunyian jiwanya. Sang arif berpesan, "Jika kegersangan hatimu akibat dosa-dosa, maka tinggalkanlah (perbuatan dosa itu). Dalam hati kita, tak ada perkara yang lebih pahit daripada kegersangan dosa di atas dosa".
  4. Maksiat Menjauhkan Perlakunya dengan Orang Lain: Maksiat menjauhkan pelakunya dari orang, terutamanya dari golongan yang baik. Semakin Berat tekanannya, maka semakin jauh pula jaraknya hingga berbagai manfaat dari orang yang baik terhalangi. Kesunyian dan kegersangan ini semakin menguat hingga berpengaruh pada hubungan dengan keluarga, anak-anak dan hati nuraninya sendiri. Seorang salaf berkata, "Sesungguhnya aku bermaksiat kepada Allah, maka aku lihat pengaruhnya pada perilaku binatang(kenderaan) dan isteriku".
  5. Maksiat Menyulitkan Urusan: Jika ketakwaan dapat memudahkan segala urusan, maka perilaku maksiat akan menghadapi kesulitan dalam menghadapi segala urusannya.
  6. Maksiat Menggelapkan Hati: Ketaatan adalah cahaya, sedangkan maksiat adalah gelap-gelita. Ibnu Abbas RA berkata," Sesungguhnya perbuatan baik itu mendatangkan kecerahan pada wajah dan cahaya pada hati, kekuatan badan dan kecintaan. Sebaliknya, perbuatan buruk itu mengundang ketidakceriaan pada raut muka, kegelapan didalam kubur dan di hati, kelemahan badan, susutnya rezeki dan kebencian makhluk".
  7. Maksiat Melemahkan Hati dan Badan: Kekuatan seorang mukmin terpancar dari kekuatan hatinya. Jika hatinya kuat maka kuatlah badannya. Tapi bagi pelaku maksiat, meskipun badannya kuat, sesungguhnya dia sangat lemah jika kekuatan itu sedang dia perlukan, hingga kekuatan pada dirinya sendiri. Lihatlah bagaimana kekuatan fizik dan hati kaum muslimin yang telah mengalahkan kekuatan fizik bangsa Parsia dan Romawi.
  8. Maksiat Menghalangi Ketaatan: Orang yang melakukan dosa dan maksiat akan cenderung untuk memutuskan ketaatan. Seperti selayaknya orang yang satu kali makan tetapi  mengalami kesakitan yang berpanjangan dan menghalanginya dari memakan makanan lain yang lebih baik.
  9. Maksiat Memendekkan Umur dan Menghapuskan Keberkahan: Pada dasarnya umur manusia dihitung dari masa hidupnya. Sementara itu tak ada yang namanya hidup kecuali jika kehidupan itu dihabiskan dengan ketaatan, ibadah, cinta dan zikir kepada Allah serta mementingkan keredhaan-Nya.
  10. Maksiat Menumbuhkan Maksiat Lain: Seorang ulama salaf berkata bahawa jika seorang hamba melakukan kebaikan, maka hal tersebut akan mendorong dia untuk melakukan kebaikan yang lain dan seterusnya. Dan jika seorang hamba melakukan keburukan, maka dia pun akan cenderung untuk melakukan keburukan yang lain sehingga keburukan itu menjadi kebiasaan bagi si pelaku.
  11. Maksiat Mematikan Bisikan Hati Nurani: Maksiat dapat melemahkan hati dari kebaikan dan sebaliknya akan menguatkan kehendak untuk berbuat maksiat yang lain. Maksiat pun dapat memutuskan keinginan untuk bertaubat.

    بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

    Dan Dialah Tuhan yang menerima taubat dari hamba- hambaNya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan- kejahatan (yang mereka lakukan) dan Ia mengetahui akan apa yang kamu semua kerjakan. (Surah Asy-Syura ayat 25).


    بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

    "Wahai manusia!Sungguh janji Allah adalah benar,maka sekali-kali janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu dan sekali-kali janganlah (syaitan) yang pandai menipu, memperdayakan kamu tentang Allah".
    "Sesungguhnya,syaitan itu musuh bagimu,maka perlakukanlah ia sebagai musuh, kerana sesungguhnya syaitan itu hanya mengajak golongannya agar mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala". (Surah Al-Fatir ayat 5-6).


Keindahan Syurga


Berpegang kepada Al-Quran dan hadis pasti manusia itu akan selamat di dunia dan di akhirat. 







ALLAH SWT menerangkan bahawa Hari Kiamat pasti berlaku dan kedatangannya pula adalah secara mendadak. Pada hari itu manusia akan dihimpunkan untuk menghadap-Nya. Dia juga menerangkan tentang kelengkapan yang disediakan kepada orang yang berbuat baik dan orang yang berbuat buruk, dalam bentuk pahala dan hukuman. Perkara itu dimaksudkan agar orang yang berbuat baik akan menerima berita baik manakala orang yang berbuat buruk pula akan menerima berita sebagai ancaman dan peringatan.
Firman Allah SWT: Sesungguhnya penduduk syurga pada hari itu, berada dalam keadaan sibuk leka menikmati kesenangan. (Yasin: 55)
Ibnu Kathir berkata: “Allah SWT mengkhabarkan tentang penghuni syurga, di mana pada Hari Kiamat, ketika bangkit daripada kematian, mereka turun dari taman-taman syurga dalam keadaan mereka sedang menikmati keindahan yang begitu indah sehingga tidak mempedulikan orang lain.”
Al-Hasan al-Basri dan Ismail bin Abi Khalid berkata: “Mereka tidak merasai azab yang dialami oleh penghuni neraka.”
Mujahid berkata: “Bersenang-senang dalam kenikmatan iaitu keindahan yang mempesonakan mereka.”
Al-Maraghi berkata: “Para penghuni syurga akan menikmati kesenangan dan kelazatan sehinggakan mereka tidak memikirkan perkara lain. Di sana mereka menikmati kenikmatan dan kelazatan yang sebelum ini tidak pernah dilihat oleh mata mereka, apatah lagi mendengar, bahkan tidak pernah terdetik dalam hati mereka.”
Mereka sedikit pun tidak berasa sedih kerana kehidupan mereka tenteram, bersuka ria dan ketawa menghiasi kehidupan mereka di syurga. Kemudian Allah SWT menyebut perkara lain yang menambah kegembiraan dan kesenangan mereka di syurga.
Firman Allah SWT: Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin. (Yasin: 56)
Mujahid berkata: “Maksud pasangan ialah bidadari yang diteduhi pohon-pohon yang menaungi mereka.”
Al-Maraghi berkata: “Mereka bersama dengan pasangan masing-masing berada di tempat yang teduh dan rendang, tidak terkena sinaran matahari kerana memang tidak ada matahari di sana.” Bagi orang Arab mereka berasa nyaman apabila melihat suatu tempat yang rendang, dan di sekelilingnya pula terdapat sungai-sungai dan pohon-pohon yang rimbun. Di sana mereka bersandar di bangku panjang yang penuh dengan perhiasan dan benarlah syurga itu merupakan puncak kenikmatan bagi seseorang.”
Firman Allah SWT: Mereka beroleh dalam syurga itu pelbagai jenis buah-buahan, dan mereka beroleh apa sahaja yang mereka kehendaki. syurga itu merupakan puncak kenikmatan bagi seseorang. syurga itu merupakan puncak kenikmatan bagi seseorang. (Yasin: 57)
Di dalam syurga mereka boleh meminta apa sahaja buah-buahan yang akan diberi secara langsung. Mengikut riwayat yang disampaikan oleh Ibnu Abi Hatim daripada Sulaiman bin Musa, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: “Ketahuilah. Apakah ada orang yang bersegera menuju ke syurga. Sesungguhnya syurga itu tidak pernah terlintas keindahan syurga di hati kami. Demi Tuhan penguasa ke atas Kaabah, dia semuanya cahaya yang bersinar, baunya harum semerbak, istana yang megah, sungai yang mengalir, buah-buahan yang ranum, pasangan yang baik serta cantik, para bidadari yang ramai, tempat yang kekal di rumah yang selamat, buah-buahan yang menghijau, enak dan nikmat serta tempat-tempat yang tinggi dan menyenangkan.”
Maka mereka menjawab: “Ya Rasulullah SAW, kami adalah orang-orang yang bersegera. Maka Rasulullah SAW bersabda: “Insya-Allah.” Lalu mereka semua mengucapkan: “Insya-Allah.”
Al-Maraghi berkata: “Di syurga mereka menikmati pelbagai buah-buahan yang segar dan makanan yang lazat seperti di dunia dahulu yang dinikmati oleh orang yang hidup mewah. Di samping itu, mereka juga akan mendapat apa sahaja yang mereka ingini dan idam-idamkan.”
Menurut pendapat Abu Ubaidah, orang Arab sering berkata, apa yang diangan-angankan akan tercapai seperti apa yang mereka ucapkan oleh setiap individu untuk memperoleh sesuatu kebaikan.

Oleh: Dr. ZULKIFLI MOHAMED AL-BAKRI

11 Disember 2012

Sweetnya Ukhuwah

                            

Assalamu'alaikum wbt ^_^, Alhamdulillah, Segala Puji Hanya Untuk Allah Azza wa Jalla. 

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

 "Tidak sempurna iman seseorang itu selagi ia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Kali ni.. ana nak tulis tentang mereka semua yang ana kasihi kerana Allah SWT. Siapakah mereka? hehe.. adik-adik kecil yang sebenarnya tak kecil pun, tapi kecil dimata ana. 
Rindu pada mereka, sebulan lebih berpisah kerana cuti semester, Alhamdulillah, sesi baru telah pun bermula, tapi ana.. tiada bersama mereka. Semalam mereka bertanyakan, "Akak bila balik sini." Ana menyatakan, In Sha Allah, doakan.. kenapa.. rindu eh." A'ah gindu awak balas si kecil tadi." Baca apa yang dituliskannya, sedih pula rasa hati ni. Hanya Allah Yang Tahu.
     
     Kenangan indah bersama mereka, takkan ku biar ia berlalu. :) Satu rumah, dengan mereka, Allah.. sweetnya, biarpun kadang kala ukhuwah itu diuji, tetapi Alhamdulillah, kami laluinya dengan tenang.  Banyak masa yang dihabiskan
bersama, pergi jalan-jalan.. pergi bercuti.. macam-macam lagilah aktiviti yang dilakukan. Tapi yang tak boleh blanya.. dah besar-besar boleh main "UNO."
hehe..

First time ana main UNO card ni.. haha.. orang yang paling banyak ragam, banyak tanya.. dan banyak "terkena", sebab apa, ana tak berapa pandai menggunakan helah. Dorang membuli ana.. kesian..hehe :) budak-budak kecil ni, ada sahaja perkara baru yang nak dilakukan, itu.. ini.. sampaikan ana pun join sekaki, beraktiviti.. mereka ni hyperactive. Kadang kala tu, tak mampu nak dilayankan. 

     Kalau mereka punya masalah, mereka akan datang pada kita, "akak"... apa dik.. mereka berceritalah.. kita yang lebih berusia ni.. nasihatkan apa yang patut. Ada tu, yang tak boleh nak tidur.. datang bilik ana, "Kak kita tak boleh tidur, nak tidur sebelah akak, ana pun alihkan badan tu, sambil menepuk ibarat anak nak tidur..hee.. pehh! kemain lena dia tidur. 
Kebiasaannya ana memang tidur lewat, sebelum ana nak tidur, ana akan pastikan mereka tidur duhulu, selagi mereka tak tidur, mata tak bisa lelap. Jadi orang terakhir tidur adalah ana, dan ana akan pastikan rumah dalam keadaan selamat dan baik "Macam seorang Ibu kan hhehe." c(:
Tudung ni pemberian ustazah
Syukran katsir ^_^


"Akak pandang saya kenapa?" ana hanya mampu tersenyum dengan 'ustazah' panggilan ana untuk kawan ana. Duduk dengan mereka ni, akan duduk dengan senyuman je, kalau bercakap dengan mereka pasti ada isinya.
"Siapa yang menemui saudaranya dengan apa-apa yang menyukakannya, nescaya Allah akan menyukakannya pada hari kiamat."

Sabda Rasulallah s.a.w: "Jika seseorang itu kasih akan saudaranya, beritahulah kepadanya bahawa dia kasih kepadanya." (Riwayat Abu Daud dan Tarmidzi).

Melihat mereka dengan penuh kasih sayang terasa nikmat, yang tak mampu diungkapkan. 
  "Janganlah kamu memandang hina terhadap kebaikan walaupun kecil, sekalipun bermanis muka ketika bertemu dengan kawan-kawan".

    Sabda Rasulallah s.a.w: "Tiadalah dua orang muslim yang bertemu lalu bersalaman melainkan dosa mereka akan diampunkan sebelum berpisah."

Mintalah supaya saudaramu mendoakanmu sebelum berpisah. Umar al-Khattab r.a berkata, "Saya minta izin kepada baginda Rasulallah s.a.w untuk mengerjakan umrah. Baginda Rasulallah s.a.w membenarkan dan berpesan: "Jangan lupa berdoa untuk kami bersama." (Riwayat Abu Daud dan Tarmidzi).

    Dimana sahaja kalian berada, moga iman sentiasa sihat, kakak mendoakan moga Allah  perbaiki urusan kita semua, dan kalian temui kebahagian di dunia dan Akhirat, Aamiin Ya Rabbal A'lamin. In Sha Allah.
Subhanallah, betapa indah dan manisnya berukhuwah bersama kalian. Alhamdulillah, kakak bersyukur mengenali kalian semua termasuklah rakan sekelas, adik-adik angkat, rakan taulan dan siapa sahaja yang mengenali diri ini secara langsung mahupun tidak langsung, ketahuilah bahawa ana sayang kalian semua kerana Allah. "Sweetnya ukhuwah jika kerana Allah."
Panjang umur In Sya Allah, ketemu lagi. 


ALHAMDULILLAH..

ALHAMDULILLAH..

ALHAMDULILLAH..

08 Disember 2012

Berani Kerana Benar!!


            Nabi Muhammad Sallallahu 'alahi wasallam, adalah seorang yang berani, bahkah sangat berani. Keberaniannya digunakan untuk membela diri yang disertai semangat suci, iaitu membela agama, risalah yang dibawa baginda. Dalam perjuangan itu baginda menghadapi maut, tetapi baginda tidak takut. Kerana dalam memperjuangkan agama, matinya adalah mati yang terhormat (syahid), yang membawa kemuliaan.

                  Rasulallah SAW, bukan sekadar seorang yang berani, tetapi baginda adalah teladan untuk orang-orang yang berani. Keberanian sentiasa ada pada diri baginda, tidak kiralah pada waktu damai, ketika perang, saat pembelanya sedikit, bahkan ketika baginda bersendirian. Dalam lembaran sejarah, tiada seorang pun yang sepadan dengan keberaniannya dengan Rasulallah. Sudah tentu kerana keberanian baginda berasal dari Allah Subha nahu wa ta'ala.

                  Saidina Ali bin Abi Talib pernah berkata yang bermaksud: "Jika keadaan semakin sukar dan menghadapi bahaya, maka kami akan berlindung dengan Nabi SAW, dimana tidak seorang pun yang lebih hampir kepada musuh selain baginda sendiri. Bukan sekali musuh yang bersembunyi atau jaguh yang berani terpaksa melarikan diri daripada baginda dalam suasana yang bahaya itu, namun baginda tetap teguh dan tidak berganjak, malah terus maju ke hadapan."

                Dalam satu episod kehidupan Rasulallah SAW ketika berada di Makkah, baginda telah membuat orang-orang Quraisy sangat marah dengan seruannya mengajak mereka memeluk Islam. Para pembesar Quraisy itu kemudiannya menghadap bapa saudara Nabi iaitu Abu Thalib, yang merupakan pemimpin kaum Quraisy di Makkah. Mereka berkata dengan nada protes, "Tuan adalah pemimpin kami, orang yang kami hormati. Anak saudara Tuan talah memaki hamun nenek moyang kami, menganggap kami bodoh, dan mencela berhala yang kami sembah. Sepatutnya Tuan melarangnya, tetapi ternyata Tuan tidak melakukannya. Demi Allah, kami tidak dapat bersabar lagi dengan perbuatan anak saudara Tuan itu. Jika hal ini tetap dibiarkan, kami akan mengambil tindakan kekerasan terhadapnya dan juga terhadap Tuan, sehingga salah satu diantara kita akan celaka atau binasa."

             Abu Thalib sangat berat untuk berpisah dengan kaumnya dan dimusuhi oleh meraka, tetapi dia juga tidak sanggup melihat anak saudaranya Nabi Muhammad SAW dianiaya oleh orang-orang kafir Quraisy. Lalu dia pun berkata kepada Nabi Muhammad SAW, "Wahai anakku, sesungguhnya kaummu telah datang kepadaku. Meraka berkata........ (begitu dan begini). Oleh kerana itu, kasihanilah aku dan dirimu sendiri, dan janganlah aku diberi beban yang tidak sanggup aku pikul."

             Rasulallah SAW yang menyangka bahawa bapa saudaranya itu tidak lagi membelanya berkata, "Wahai bapa saudaraku, demi Allah, seandainya mereka letak matahari ditangan kananku dan bulan ditangan kiriku supaya aku meninggalkan dakwahku, aku tetap tidak akan meninggalkannya sehingga agama Allah menang atau aku binasa!" Kemudian baginda menangis, kemudian berganjak lantas berdiri. Namun Abu Thalib memanggilnya dan berkata, "Wahai anakku pergilah dan katakanlah apa-apa yang engkau sukai. Demi Allah, aku sama sekali tidak akan menyerahkan kepada sesiapa pun atau kerana suatu apa pun."

             Dan sebagaimana yang dikatakan oleh Saidatina Aisyah RA, akhlak baginda adalah Al-Quran. Firman Allah dalam surah Al-Ahzab, ayat 21:

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulallah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)."

Apa yang menjadi tekad untuk "menang, atau binasa" dalam memperjuangkan agama Allah, didasarkan pada keyakinan yang ada didalam ayat-ayat Al-Quran.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

"Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), samada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab) dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."
(Surah At-Taubah ayat 41).

Allah Azza wa Jalla juga berfirman:

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta-benda mereka dengan (balasan), bahawa mereka akan beroleh syurga (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah didalam (kitab- kitab) Taurat dan Injil, serta Al Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jualbelinya itu dan (ketahuilah bahawa) jualbeli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar." (Surah At-Taubah ayat 111).

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

"Wahai orang yang beriman! Apabila kamu menghadapi orang kafir yang menyerbu (kamu), janganlah kamu berpaling ke belakang (melarikan diri) daripada mereka. 
Dan sesiapa berpaling membelakangi mereka pada hari itu (ketika berperang), kecuali kerana tujuan strategi perang atau kerana hendak menggabungkan diri dengan pasukan (yang lain), maka sesungguhnya dia kembali dengan kemurkaan Allah dan tempatnya adalah Neraka Jahanam, itulah seburuk-buruk tempat kembali."
(Surah Al-Anfal ayat 15-16).

06 Disember 2012

Adab Menuntut Ilmu

Hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibnu Majah, menerangkan bahawa mencari ilmu wajib hukumnya atas setiap orang muslim, baik lelaki mahupun perempuan. Selama manusia layak hidup dia layak mencari ilmu.

Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman dan orang-orang yang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat daripada orang lain. Seperti mana firman  Allah SWT dalam surah Al-Mujaadilah ayat 11: 

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.

Sebaik-baik ilmu adalah ilmu yang bermanfaat bagi kehidupan alam semesta.
Menurut Syaikh Muhammad bin Shalih Al'Utsaimin dalam kitabnya "kitabul Ilmi", menyebut beberapa adab dalam mencari ilmu, antaranya:

  • IKHLAS KERANA ALLAH SWT
:::> Niat menuntut ilmu hendaklah kerana Allah SWT. Apabila seseorang menuntut ilmu hanya untuk mendapatkan "gelaran" agar boleh mendapat kedudukan yang tinggi atau ingin menjadi orang yang "terpandang", atau niat yang sewaktu dengannya, maka Nabi SAW telah memperingatkan, seperti Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud: "Barangsiapa yang mempelajari suatu ilmu tidak kerana Allah, dia tidak akan mendapatkan harumnya syurga di hari kiamat".

  • UNTUK MENGHILANGKAN KEJAHILAN DARI DIRINYA DAN ORANG LAIN
:::>Semua manusia pada mulanya jahil, maka dari itu, kita harus berniat menghilangkan kejahilan dengan menuntut ilmu. Setelah kita memiliki ilmu, kita wajib mengajarkannya kepada orang lain untuk menghilangkan kejahilan dari diri mereka. Nabi SAW bersabda: "Sampaikanlah dariku walaupun cuma satu ayat. (Hadis Riwayat Bukhari).
Dan kita sebagai umat Islam juga diwajibkan selalu untuk menuntut ilmu dan menambah ilmu pengetahuan yang kita miliki seperti firman Allah dalam surah Thaahaa ayat 114:

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Maka Maha Tinggilah Allah, Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Benar (pada segala-galanya). Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) tergesa-gesa membaca Al-Quran sebelum selesai dibacakan oleh Jibril kepadamu, dan berdoalah dengan berkata: "Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku".

  • BERNIAT MENUNTUT ILMU UNTUK MEMBELA SYARI'AT
:::>Penuntut ilmu harus membela agamanya dari hal-hal yang menyimpang (bid'ah), sebagaimana ajaran Rasulallah SAW. Hal ini sulit dilakukan, kecuali oleh orang yang memiliki ilmu yang benar, sesuai petunjuk Al-Qur'an dan As-Sunnah.

  • LAPANG DADA DALAM MENERIMA PERBEZAAN PENDAPAT
:::>Penuntut ilmu hendaklah menerima perbezaan pendapat dengan berlapang dada selama perbezaan itu pada persoalan ijtihad, bukan persoalan aqidah. Jangan sampai kita menghina atau memburukkan orang lain yang kebetulan berbeza pendapat dengan kita.

  • MENGAMALKAN ILMU YANG TELAH DIDAPATKAN
:::>Salah satu adab yang terpenting bagi para penuntut ilmu adalah mengamalkan ilmu yang diperolehinya. Amal adalah buah dari ilmu, baik itu aqidah, ibadah, akhlak mahupun muamalah. Ilmu tidak akan ada manfaatnya kecuali diamalkan.

  • MENGHORMATI PARA ULAMA DAN MEMULIAKAN MEREKA
:::>Penuntut ilmu harus selalu berlapang dada dalam menerima perbezaan pendapat yang terjadi dikalangan ulama. Jangan sampai kita mengumpat atau mencela ulama yang kebetulan keliru didalam memutuskan sesuatu masalah. Mengumpat orang awam sahaja sudah termasuk dosa besar, apatah lagi terhadap ulama.

  • MENCARI KEBENARAN DAN SABAR
:::>Seorang penuntut ilmu harus mencari kebenaran dari ilmu yang telah didapatkan. Ketika sampai kepada kita sebuah hadis misalnya, kita harus meneliti terlebih dahulu tentang kesahihan hadis tersebut, kita harus sabar, tidak boleh tergesa-gesa. Jangan sampai kita mempelajari satu pelajaran setengah-setengah. Kalai seperti itu, kita tidak akan mendapatkan apa-apa.

Alhamdulillah, Semoga kita termasuk orang yang senang mencari ilmu. Dan semoga Allah selalu melindungi kita dari ilmu yang tidak bermanfaat, iaitu ilmu yang boleh menghancurkan kehidupan alam semesta ini. Ilmu yang tidak bermanfaat juga akan menjadi bumerang bagi diri kita. Sebagai manusia kita harus menyedari bahawa sepandai-pandai manusia, masih ada yang Maha Pandai iaitu Allah. Jangan sampai kita merasa sombong hanya kerana memiliki ilmu yang melebihi orang lain. Allah meliputi segala ilmu yang dimiliki oleh manusia, seperti firman Allah dan surah Al-Israa' ayat 60:

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dan (ingatlah) tatkala Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), bahawa sesungguhnya Tuhanmu meliputi akan manusia (dengan ilmuNya dan kekuasaanNya dan tiadalah Kami menjadikan pandangan (pada malam Mikraj) yang telah Kami perlihatkan kepadamu melainkan sebagai satu ujian bagi manusia dan (demikian juga Kami jadikan) pokok yang dilaknat di dalam Al-Quran dan Kami beri mereka takut (dengan berbagai-bagai amaran) maka semuanya itu tidak menambahkan mereka melainkan dengan kekufuran yang melampau-melampau.


03 Disember 2012

Siapa kita? Kenali diri.. by Wardina Safiyyah

Alhamdulillah, artikel ini, ana rasakan cukup menarik, untuk kita mencari dan mengenali siapa kita, bukan itu sahaja bahkan mencari kekuatan dan kelemahan seterusnya kita perbaiki dan mempertingkatkan diri bukan sahaja menjadi orang yang berjaya, malah menjadi muslimin dan muslimat yang berjaya di dunia dan di Akhirat, oleh itu ana ingin share kan artikel penulisan kak Wardina Safiyyah dan sahabat-sahabat juga boleh layari sendiri laman web http://wardinasafiyyah.com.

Alhamdulillah, ana teringat pensyarah psikologi ana, ada berkata, "Kamu pejamkan mata, dan bayangkan wajah kamu, kalau kamu nampak wajah kamu, bermakna kamu kenal siapa kamu, tapi sekiranya kamu tiada nampak, maknanya kamu masih belum kenal siapa kamu." Alhamdulillah.

Siapa Kita? Kenali Diri..

Kita mengharungi hidup ini berdasarkan bagaimana kita ‘melihat’ diri sendiri. Kita sebenarnya tanpa sedar atau tidak, akan meletakkan definasi tertentu kepada diri sendiri dan ada kalanya kita memberi definasi kepada diri berpandukan pandangan orang lain terhadap kita. Memang benar, imej diri dipengaruhi banyak faktor seperti pandangan ibu bapa, rakan, persekitaran dan media. Keyakinan diri pula merujuk kepada bagaimana kita menilai harga diri kita dan pandangan mengenai diri samada positif atau negatif.
Topik mengenai diri amat menarik untuk dibincangkan. Saya merasakan bahawa mengenali diri, menyayangi diri, yakin kepada diri merupakan satu isu yang perlu diulang kembali kalau boleh berkali-kali khususnya kepada remaja semua. Jika kita TIDAK mengenali diri, maka besar kemungkinan kita akan menjadi lalang, tiada pendirian dan mudah terpengaruh ditiup dan ditepis ke kiri dan kanan sewenangnya. Begitu mudah kita dibawa ‘angin’ - berubah fikiran dan prinsip hidup mengikut rentak angin yang bertiup. Tidak mengenali diri maka seringlah kita merasa rendah diri dihadapan orang lain. Manakan tidak kekuatan diri pun tidak dicari dan diketahui sedangkan Allah menciptakan kita semua masing-masing dengan kekuatan yang tersendiri. Mungkin bukan salah anda, mungkin selama ini tidak ada yang memuji dan meyakinkan bahawa anda sebenarnya tersangat istimewa. Namun janganlah dan usahlah mengharapkan orang lain lagi, mari bangkit untuk mengenali diri sendiri!
Konsep diri. Apa itu? Dalam psikologi konsep diri merupakan gambaran mental mengenai siapa diri kita yang diberi oleh diri kita sendiri. Soalan seperti “siapa saya?” amat penting sekali untuk diselami. Konsep diri seseorang, sangat mempengaruhi keyakinan diri kita. Bagaimana kita menilai diri banyak bergantung kepada personaliti dan juga “pengalaman” hidup. Setiap dari kita mempunyai pengalaman sedih, gembira, emosi yang positif dan negatif, kejayaan dan kegagalan yang akan membentuk pengalaman unik diri ini yang berbeza dengan orang lain. Oleh itu tak usah meniru orang lain, tak usah menjadi orang lain. Kita semua berbeza. Raikan perbezaan diri kita yang unik ini.

[ Kenali Diri Bongkar Potensi ]
Untuk mengenali diri dengan lebih baik ada beberapa fokus mengenai diri yang pakar psikologi ketengahkan. Konsep diri bergantung kepada koleksi “skema diri” –iaitu bagaimana kita melihat diri ‘secara keseluruhan’ dan skema diri setiap dari kita sebenarnya telah dibentuk sejak dari kecil lagi. Ianya satu proses di dalam minda yang amat bergantung kepada ilmu pengetahuan seseorang, kepercayaan dan pengalaman lalu mereka. Pengetahuan, kepercayaan dan pengalaman lalu itu pula amat dipengaruhi oleh faktor budaya, latar belakang dan persekitaraan. Baiklah secara ringkasnya , skema diri ini sangat penting untuk difahami kerana skema diri ini akan membentuk dan membimbing kita untuk membuat penilaian mengenai pengalaman yang kita lalui. Bagaimana?
Contohnya jika seorang remaja ditenung dan diperhati oleh seseorang – maka berdasarkan pengalaman lalu kita akan memberi respon kepada tenungan ini. Individu A: akan berfikir dalam diri bahawa “oh mereka tenung aku sebab aku cantik, hebat dan popular” Individu B: akan berkata “oh mereka tenung aku sebab aku comot dan buruk.”
Nampak tak pembaca, bagaimana pegalaman lalu membentuk persepsi kita. Skema diri boleh menjadi bahaya sekiranya kita tidak berhati-hati dengan penilaian kita mengenai diri sendiri. Contohnya seseorang yang sering berkata kepada diri, “Aku memang bodoh pun” – refleksi perlu dilakukan kepada skema diri kita kerana ianya ada kaitan dengan motivasi diri. Kalau kita rasa diri kita bodoh, maka memanglah sukar untuk kita berusaha dengan lebih kerana kita sudah yakin dengan skema diri yang dibentuk. Jika kita rasa kita ini pemalu, tidak berani, tidak hebat dan segala sifat negatif yang lain motivasi kita akan secara automatik akan berkurangan. Oleh sebab motivasi kita sudah rendah maka usaha yang diletakkan ke dalam sesuatu perkara juga akan berkurangan. Apakah penilaian diri anda kepada diri sendiri yang selama ini tidak berapa tepat dan boleh diperbaiki?
Para pembaca sekalian, satu lagi faktor yang perlu diberi perhatian untuk kita mengenali diri adalah apa yang disebut sebagai “possible selves” atau jika dialih bahasa boleh disebut sebagai “kemungkinan diri” Siapa diri kita ini di masa akan datang? Apakah harapan kita , siapa yang ‘mahu’ kita jadi dan siapa dia yang takut untuk kita serupai. Kemungkinan diri memberi kita semangat dan matlamat dalam hidup. Siapa dia ‘possible selves’ anda agaknya?
Faktor ‘konsisten diri’ atau “consistent self” pula menekankan bagaimana kita mahu dinilai oleh orang lain. Kita akan konsisten dengan menzahirkan siapa kita melalui sikap, perbuatan juga pemakaian kita. Kita akan cuba menjauhi apa-apa sikap yang bertentangan dengan diri. Kita juga akan berkawan dengan mereka yang akan memperkasakan konsep diri kita.
Contohnya, sekiranya seseorang itu mahu dilihat sebagai seorang yang berstatus tinggi maka dia akan berpakaian dengan pakaian branded, bawa kereta mahal, berkawan dengan orang-orang yang kaya dan sebagainya. InsyaAllah pembaca yang disayangi sekalian, biarlah kita konsisten dengan sikap diri yang mahu menjadi orang yang baik, soleh dan beriman. Kita mengambil sikap yang berakhlak, pakaian yang menutup aurat dan berkawan dengan sahabat-sahabat yang soleh lagi baik budi pekerti.


Konsisten diri ini amat perlu untuk kita bentuk agar hidup kita dikukuhkan dengan prinsip dan nilai yang kuat dan mampu kita pegang sampai bila-bila walau apa jua terjadi. Jika kita mempunyai ‘konsisten diri’ yang utuh, maka kita tidak menjadi lalang. Ada manusia yang tiada langsung nilai dan prinsip, apa sahaja boleh asalkan mereka diterima oleh orang ramai. Asalkan kemahuan mereka tercapai. Persoalannya perlukah kita ‘gembira’ diterima oleh manusia lain sedangkan kita tidak diterima oleh Allah? Perlukah kita gembira mendapat habuan dunia sedangkan kita tahu ianya salah dan haram?
Biarlah kita memilih untuk membentuk konsisten dalam diri dengan perkara-perkara yang baik. Kadangkala ianya memang begitu sukar, kita akan pada satu-satu ketika terpengaruh dengan persekitaraan, keadaan, kata-kata dari orang lain misalnya. Kadangkala kita dipengaruhi kerana wang. Saya berpegang kepada prinsip mahu menjadi konsisten dalam sikap saya sebagai seorang Muslimah. Namun kadangkala saya tahu saya silap dan salah. Kadangkala saya lupa. Kadangkala persekitaran yang tidak baik membuat saya alpa. Namun selepas itu saya menilai kembali diri. “Siapa saya?” tanya saya pada diri. Siapa yang mahu saya jadi? Adakah sikap saya konsisten dengan impian saya itu? Setiap hari kita bertembung dengan berbagai kemahuan yang tidak patut kita lakukan. Menilai diri sendiri sebenarnya lebih banyak faedahnya dari membuang masa menilai orang lain. Menilai diri membuatkan kita ‘berfikir’ bagaimana untuk memperbaiki diri.
Memperbaiki diri membuatkan kita lebih yakin dengan diri. Memperbaiki diri membuatkan kita mengharagai diri dan menyayangi diri. Sekiranya kita sayang pada diri dengan meninggalkan segala maksiat dan kemungkaran nescaya Allah juga akan menyayangi diri ini. Katakanlah pada diri “aku ini telah diciptakan terlalu baik untuk melakukan segala maksiat ini” Sekiranya Allah menyayangi kita, tiada siapa, tiada apa yang dapat menghalangnya. Itulah kekuatan sebenar. Itulah kemenangan yang agung. MasyaAllah bayangkan kekuatan yang ada pada jiwa seorang hamba yang benar-benar menyerah diri. Kagum dan gerun mereka disekeliling kita, tercari-cari dimana dia datangnya kekuatan manusia ini. Jika mereka tahu, jika kita tahu kekuatan menjadi Muslim yang baik tiada tolok bandingnnya… MasyaAllah! Allah berfirman di dalam Quran “berlumba-lumbalah membuat amal kebajikan” Ya lumba! Dengan pantas dengan laju tanpa membuang masa! Bukan berlumba dalam harta atau kedudukan tetapi dalam amal kebaikan. InsyaAllah setelah itu saya yakin pasti harta dan kedudukan akan datang! Konsep diri yang cuma mahu kaya raya, berharta, berkedudukan sebenarnya merosakkan segalanya!


Akhir kata, mari fikirkan kembali mengenai konsep diri yang telah saya sebutkan tadi. Siapa kita, pengalaman kita, pemikiran kita mengenai diri. Siapa dia yang mahu kita ‘jadi’? Siapa yang takut untuk kita ikuti? Apa dia identiti diri ini? Untuk merubah diri ianya semuanya bermula di dalam minda sendiri. Kerana itulah banyak berfikir mengenai perkara yang saya sebutkan tadi iaitu mengenai diri sendiri amat baik untuk kita. Cukup-cukuplah memandang kepada orang lain selepas ini. (Namun memandang kepada orang yang baik dan soleh digalakkan) Ingatlah pesanan ini – Apa yang kita fikir, percaya dan rasa mempengaruhi sikap dan perlakuan kita. Fikir, percaya dan rasalah kita ini Muslim yang akan menemui Tuhannya membawa segala amalan yang baik dan buruk walau sekecil zarah. Fikirlah bahawa Allah sudah berjanji tidak akan mensia-siakan segala amalan baik yang kita lakukan. Balasannya akan tiba. InsyaAllah ini akan mempengaruhi sikap kita. Nah, soalan terakhir saya, apakah yang anda fikirkan kini mengenai diri dan masa hadapan? Fikirlah pembaca, fikirlah sedalam-dalamnya. Siapa kita sebenarnya?
Salam Sayang
WARDINA

02 Disember 2012

Bisu Di Dunia, Bicara Di Akhirat..

Dalam sebuah hadis dari Rasulallah SAW, sesungguhnya baginda bersabda, "Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan malaikat yang memiliki satu sayap di dunia timur dan satu sayap lagi di dunia barat, kepalanya di bawah Arasy dan kedua kakinya di bawah bumi yang ketujuh, padanya ada bulu sebanyak bilangan makhluk Allah SWT. Lalu apabila ada seorang lelaki atau perempuan dari umatku membaca selawat kepadaku, Allah memerintahkan malaikat itu untuk menyelam dalam laut dari cahaya di bawah Arasy. Malaikat itu menyelam di dalamnya, kemudian keluar dan mengibaskan sayapnya. Menitislah sebuah titisan dari setiap bulu dan Allah SWT menjadikan setiap dari titisan itu malaikat yang meminta ampun padanya sampai hari kiamat."

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah", iaitu takutlah Allah dan taatilah Ia. "Dan hendaklah setiap hari memerhatikan apa yang dia ajukan untuk hari esok." Iaitu yang dia kerjakan untuk hari akhirat. Maksudnya bersedekahlah dan beramallah dengan ketaatan agar kamu menemui pahalanya di hari kiamat nanti. "Dan (sekali lagi diingatkan): Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan." (Surah Al-Hasyr, ayat 18).

Sesungguhnya malaikat-malaikat, bumi, langit, waktu siang dan waktu malam akan bersaksi dengan apa yang dilakukan oleh anak cucu Adam, samada kebaikan atau kejahatan dan ketaatan  atau kemaksiatan. Bahkan sesungguhnya anggota-anggota tubuhnya akan bersaksi memberatkannya. Bumi bersaksi menguntungkan bagi mukmin dan orang yang zuhud dengan berkata:"Dia telah bersembahyang diatasku, berpuasa, melakukan haji dan berjihad." Maka bergembiralah orang mukmin dan orang yang zuhud itu. Mereka juga bersaksi memberatkan atas orang kafir dan orang yang derhaka dengan berkata:"Dia telah berlaku musyrik di atasku, berzina dan makan makanan haram." Maka anak Adam akan mendapat balasan yang setimpal dengan amalannya.

Orang mukmin sejati adalah orang yang takut kepada Allah SWT dengan semua anggota tubuhnya. Seperti apa yang dikatakan Abul-Laits: 
"Takutlah kepada Allah SWT akan terlihat tanda-tandanya dalam tujuh macam hal:
  1. Lidahnya: "Dia tentu akan mencegahnya dari berbohong, mengumpat, mengadu domba, dan berbicara dengan perkataan yang tidak berguna. Bahkan dia akan menjadikannya sibuk dengan berzikir kepada Allah, membaca Al-Quran dan membincangkan                                                                               
  2. Hatinya:"Dia tentu akan mengeluarkan dari dalamnya perasaan bermusuhan, kebohongan dan dengki terhadap kawan kerana kedengkian akan menghapus segala kebaikan. Seperti apa yang disabdakan Rasulallah SAW: "Hasad (dengki) menghancurkan kebaikan sebagaimana api menghancurkan kayu bakar." Dan ketahuilah, bahawa sesungguhnya hasad itu termasuk penyakit-penyakit hati yang berat dan semua penyakit hati tidak dapat disembuhkan kecuali dengan ilmu dan amal.
  3. Penglihatannya: "Dia tidak akan memandang yang haram, baik makanan, minuman, pakaian atau sebagainya, tidak memandang kepada dunia dengan keinginan, akan tetapi dia memandangnya dengan mengambil iktibar dan dia tidak akan memandang kepada sesuatu yang tidak halal baginya. Rasulallah SAW telah bersabda, "Barangsiapa memenuhi matanya dengan haram Allah SWT akan memenuhi matanya pada hari kiamat dengan api neraka."
  4. Perutnya: "Dia tidak akan memasukkan makanan yang haram ke dalamnya kerana perkara itu adalah dosa besar. Rasulallah SAW bersabda: "Ketika sesuap makanan haram jatuh dalam perut anak cucu anak Adam, semua malaikat di bumi dan langit memberi laknat padanya selama suapan itu berada dalam perutnya, dan jika ia mati dalam keadaan begitu maka tempatnya adalah neraka jahannam."
  5. Tangannya: "Dia tidak akan memanjangkan tangannya itu ke arah  haram, tetapi memanjangkannya kepada sesuatu yang terdapat ketaatan Allah di dalamnya. Diriwayatkan  dari Ka'bil Ahbar, sesungguhnya dia berkata: "Sesungguhnya Allah SWT menciptakan perkampungan dari zabarjad hijau, di dalamnya terdapat seribu rumah  dan di dalam setiap rumah terdapat seribu buah kamar, tidak akan menempatinya kecuali seorang lelaki yang diberikan haram padanya, lalu  dia meninggalkan kerana takut kepada Allah SWT.
  6. Telapak kakinya: "Dia tidak akan berjalan di dalam kemaksiatan kepada Allah, tetapi berjalan di dalam ketaatan padaNya dan redhaNya, serta kearah berkawan dengan ulama dan orang-orang soleh.
  7. Ketaatannya: "Dia tentu akan menjadikan ketaatannya itu murni kerana redha Allah SWT dan dia khuatir dari riak dan kemunafikan. Jika dia telah melakukan semua itu maka dia termasuk orang-orang yang difirmankan Allah SWT: 
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
"Serta berbagai barang perhiasan (keemasan). Dan (ingatlah), segala yang tersebut itu tidak lain hanyalah merupakan kesenangan hidup di dunia dan (sebaliknya) kesenangan hari akhirat di sisi hukum Tuhanmu adalah khas bagi orang-orang yang bertaqwa." (Surah Az-Zukhruf ayat 35).
Dalam ayat yang lain Allah berfirman :

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga dengan matair-matair yang terpancar padanya." (Surah Al-Hijr ayat 45).

Firman Allah SWT:

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, di tempatkan dalam taman-taman Syurga dan nikmat kesenangan (yang tidak ada taranya)." (Surah At-Thur ayat 17).

Allah berfirman dalam ayat yang lain:

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa (akan di tempatkan) di tempat tinggal yang aman sentosa." (Surah Ad-Dukhaan  ayat 15).

Seseorang mukmin itu seharusnya berada di antarra kebimbangan dan pengharapan. Dia harus mengharapkan rahmat Allah dan tidak boleh berputus asa darinya. 
Firman Allah SWT:

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Az-Zumar ayat 53).

Dan dia akan mengabdikan diri kepada Allah dari perbuatan-perbuatannya yang sesat serta bertaubat kepada Allah SWT.