24 Januari 2013

Saiyidul Istighfar

Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 199 yang bermaksud:

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

"Selain dari itu hendaklah kamu bertolak turun dari (Arafah) tempat 

bertolaknya orang ramai, dan beristighfarlah kamu kepada Allah 

(dengan memohon ampun), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi 

Maha Mengasihani."

Allahumma anta rabbi-
 Ya Allah, Engkaulah Rabb-ku.

Laa ilaha illa anta-
Tidak ada Ilah selain Engkau.

Khalaqtanii wa anaa abduka-
 Engkau yang telah menciptakan aku, 
dan aku adalah hamba-Mu.

Wa anaa ala ahdika wa wa'dika mastatho'tu-
Aku sentiasa berada di atas janji kepada-Mu dan (meyakini) janji-Mu, sesuai dengan kemampuanku.

A'uzu bika min syarri maa sona'tu-
Aku berlindung kepada-Mu daripada keburukan (amal) yang aku lakukan.

Wa abu'u laka bi ni'matika 'alaiya-
Aku mengakui segala nikmat-Mu yang Engkau berikan kepadaku.

Wa abu'u bizanbi-
Dan aku akui juga dosa-dosaku.

Faghfirlii innahu laa yaghfiruz zunuuba illah anta-
Maka ampunilah aku kerana tiada yang mengampuni dosa-dosa selain Engkau.

Adalah menjadi sunnah Rasulullah s.a.w untuk beristighfar. Berdasarkan beberapa hadis, Baginda diriwayatkan beristighfar lebih 70 kali sehari, ada juga menyatakan sehingga 100 kali. Apa pun, beristighfar menjadi amalan hidup Rasulullah s.a.w walaupun Baginda adalah seorang yang maksum dan dijanjikan syurga oleh Allah s.w.t.

       

Dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim dikatakan dari 
Abdullah bin Umar
bahawa Abu Bakar berkata, "Wahai Rasulullah, ajarkanlah aku sebuah doa yang boleh aku panjatkan dalam solatku."

Maka Rasulullah s.a.w bersabda, "Bacalah Ya Allah sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang banyak, dan tidak ada yang boleh menghapuskan dosa kecuali Engkau. Maka ampunkan aku dengan suatu keampunan dari sisi-Mu dan kasihanilah aku . Sesungguhnya engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Cuba kita renungkan, kenapa selesai sesuatu ibadah, kita dianjurkan untuk beristighfar dan bukannya mengucap tahmid. Sebahagian ulama menjelaskan, antara rahsianya ialah, meskipun kita melaksanakan ibadat, pada masa yang sama kita melakukan suatu dosa atau kesalahan. Mungkin kita melakukannya kerana riak atau perkara-perkara lain yang bukan kerana kerana Allah. Ataupun katakanlah beribadat itu dirasakan benar-benar dengan ikhlas, mungkin juga ada bahagian-bahagian yang terkurang, salah dan sebagainya. Itulah sebabnya selesai beribadat, kita dianjurkan untuk beristighfar.

Firman Allah yang bermaksud:

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

"Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat), kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." 
(Surah an-Nisaa' ayat 110)

#Amat benarlah firman Allah itu#
In Shaa Allah sama-samalah kita perbanyakkan istighfar tak kira keadaan apa sekalipun. Kerana Allah itu At-Tawwab, Al-Afuww. Kasih Sayang Allah lebih dari kemurkaan-Nya.



23 Januari 2013

:Kunci Hati:


AKU SEORANG YANG POSITIF
APABILA…..
AKU SEORANG YANG NEGATIF
APABILA…..
Sentiasa meningkatkan iman dan menjaga Hubungan baik dengan Allah.
Lebih mendengar kata nafsu dan bisikan syaitan daripada mendengar kata hati dan bisikan iman.
Sentiasa bersemangat dan kreatif dalam tugasan dan kehidupan peribadi.
Selalu malas, lemah semangat dalam kerja dan kehidupan.
Hati kecilku sering berkata: “Kehidupan adalah hak setiap manusia. Kita perlu hidup dalam damai, kebahagian, kasih sayang dan saling menghormati.”
Hati kecilku sering berkata: “Kehidupan adalah satu kezaliman dan penderitaan. Ia penuh dengan dendam dan permusuhan.”
 
 
Fokus pada penyelesaian apabila menghadapi sesuatu ujian dan masalah, lalu bertanggungjawab berusaha mencari jalan penyelesaian.
Fokus pada masalah dan merungut serta mencari-cari dan meletakkan salah pada orang lain.
Suka memberi.
Suka meminta dan sukar memberi.
“Aura” positifku meresapi orang di sekelilingku Sehingga mereka juga bersikap positif sepertiku.
“Angin” negatifku telah menjadikan orang lain benci kepadaku bahkan mereka juga berfikiran negatif sepertiku.




KUNCI UTAMA
ANAK KUNCI
MENJAGA
PERUT
  •   Banyak berpuasa sunat.
  •   Pilih makanan yang halal.
  •   Menjaga adab makan dan minum.
  •   Makan makanan yang berkualiti.
  •   Banyakkan minum air kosong.
  •    Ambil perhatian terhadap kesusahan jiran dalam bab pemakanan.

MENJAGA
MATA
  •    Guna mata untuk melihat kebesaran Allah dan menjalankan aktiviti harian yang bermanfaat.
  •  Elak melihat perkara yang haram.
  •   Jaga kesihatan mata.
  •   Banyak membaca al-Quran.
  •   Memakai celak.

Menjaga
kemaluan
  •  Segera berkahwin.
  •  Mejalin hubungan intim antara suami dengan isteri.
  •  Elakkan tempat maksiat.
  • Elakkan pergaulan dengan bukan mahram.
  •  Menjaga kesihatan dan kebersihan kemaluan.
  •   Bercita-cita mempunyai anak yang ramai.

Menjaga
Lidah
  •  Gunakan lidah untuk berdakwah.
  •  Tidak menyakiti hati kawan dan jiran.
  •  Selalu bertasbih kepada Allah.
  •  Selalu membaca al-Quran.
  •  Elakkan mengumpat, menfitnah dan mencaci.
  •  Menjaga kebersihan dan kesihatan mulut, gigi dan gusi.



21 Januari 2013

~Menjadi Mukmin yang berjaya~

                                                        بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ (162) لَا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُسْلِمِينَ (163)
Maksudnya: “Katakanlah (Wahai Muhammad!). Sesungguhnya solatku dan ibadatku dan hidupku dan matiku hanyalah bagi Allah, Tuhan Semesta Alam. Tiada sekutu bagi-Nya dan dengan itulah aku diperintahkan dan akulah orang yang pertama-tama di kalangan orang Islam (yang menyerahkan diri).” (Surah Al-An'am ayat 162-163).

                                                            بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

23:1  

 Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang  beriman


23:2  
 iaitu mereka yang khusyu’ dalam sembahyangnya
23:3   
dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia

23:4
dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu)
23:5
dan mereka yang menjaga kehormatannya
23:6
kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidaklah tercela
23:7
kemudian sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas
23:8
dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya
23:9
dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya
23:10
mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi
23:11
yang akan mewarisi syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.   
(Surah Al-Mukminun ayat 1-11)

Diriwayatkan daripada An-Nu’man bin Basyir, Rasulallah s.a.w. bersabda:
Maksudnya: 'Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak, rosak pulalah seluruh badan, Ingatlah ia adalah hati'. 
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
 Rasulallah s.a.w. bersabda:
Maksudnya: 'Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan sebenar ialah kaya hati.'(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Rasulallah s.a.w bersabda:
Maksudnya: Daripada Anas r.a. katanya, Rasulallah s.a.w. bersabda: 'Menurut ilmu itu wajib ke atas tiap-tiap orang Islam.'
(Riwayat Ibnu Majah)

#Doa ini selalu kita baca# 

  بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

وِمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Maksudnya: Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka". (Surah Al-Baqarah ayat 201)





19 Januari 2013

:.Peribadi Seorang Da'ie:.


Seorang da'ie harus memahami bahawa jalan dakwah tidak pernah sunyi daripada ujian dan dugaan. Seorang da'ie itu, harus mempunyai ketabahan hati agar mampu berhadapan dengan dugaan dan cubaan . Tambahan lagi  dugaan dan cabaran itu datangnya daripada sumber yang pelbagai.

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Ahqaf ayat 35 yang bermaksud:

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


"Maka bersabarlah sebagaimana bersabarnya “ulul-‘azmi” (orang yang mempunyai keteguhan hati) daripada para rasul, dan janganlah kamu meminta disegerakan bagi mereka. Pada hari mereka melihat apa yang diancamkan kepada mereka, seolah-olah mereka tidak tinggal (di dunia) melainkan sesaat pada siang hari. Sudah memadai! Maka tidak dibinasakan melainkan kaum yang fasik".

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


"Wahai anak kesayanganKu, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya." (Surah Luqman ayat 17).

CABARAN LUARAN
Renungilah firman Allah S.W.T  tentang ancaman cubaan dari luar yang bermaksud;

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

"Dan sesungguhnya mereka hampir memalingkan engkau daripada apa yang telah Kami (Allah) wahyukan kepada engkau, agar engkau mengada-adakan yang lain atas Kami (Allah); dan kalau demikian (engkau lakukan) tentulah mereka menjadikan engkau sahabat yang akrab."  (Surah Al-Isra' ayat 73).

Jika tiada kemantapan ilmu dan keteguhan iman di dada, pasti kita terpaling sedikit. Dan biarpun kita terpaling hanya sedikit, tetapi balasannya cukup besar.

Firman Allah dalam surah Al-Isra' ayat 74-75 yang bermaksud:

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

"Dan kalau Kami (Allah) tidak tetapkan (hati) engkau, nescaya engkau hampir-hampir condong sedikit kepada mereka.  Kalau terjadi demikian, benar-benarlah Kami (Allah) akan rasakan kepada engkau (seksaan) berlipat ganda semasa hidup (di dunia ini), dan berlipat ganda (lagi) sesudah mati. Kemudian kamu tidak akan mendapat seorang penolong pun terhadap Kami (Allah)".


Renungilah kisah penawaran  pihak kafir Quraisy kepada Rasulallah s.a.w.; Kaum Quraisy tidak akan menghalangi pekerjaan Rasul. Islam boleh hidup terus. Malah mereka akan turut bersama-sama beribadah secara Islam pula, asal orang Islam mahu turut pula, memuja dewa-dewa yang mereka puja. Boleh berganti-ganti setahun ke mari, setahun ke sana.
"Dan apabila ada unsur-unsur kebaikan yang engkau bawa, maka kami akan bersama-sama dengan engkau menjalankannya; dan kami akan ambil bahagian kami daripadanya. Dan jika ada unsur-unsur kebaikan yang ada pada kami, bersama-sama pulalah engkau menjalankannya; dan engkau ambillah bahagianmu daripadanya."
Rasulallah s.a.w. menjawab: "Berlindung aku dengan Allah, jangan sampai aku mensyirikkan Dia dengan yang lainnya." Kaum Quraisy pun mengurangkan isi tawaran mereka: "Kalau begitu, engkau terimalah sebahagian sahaja dari tuhan-tuhan kami, kami akan akui kebenaranmu; dan kami sembah Tuhanmu." Dengan cepat dan tegas Rasulallah s.a.w. memberikan jawapan dengan firman Allah S.W.T.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
"
Katakanlah: “Hai orang-orang kafir, 
aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah  Tuhan yang aku sembah. Untukmulah agamamu, dan untukkulah agamaku." 
(Surah Al-Kafiruun ayat 1-6). 
Bertanya Sa'ad bin Abi Waqqas: "Di antara manusia, siapakah yang mendapat sebarat-berat ujian , ya Rasulallah?" Rasulallah s.a.w. menjawab : "Para Nabi , kemudian orang-orang yang sama seperti mereka; lalu orang-orang yang sama dengan mereka itu pula."

CABARAN DALAMAN

Seorang da'ie itu, disebabkan oleh jiwa perjuangan dan idealisme murninya, adalah seorang yang tidak biasa dengan soal-soal mencari nafkah, seorang yang tidak dapat masuk ke dalam sistem kepegawaian yang biasa, seorang yang tidak boleh melalui birokrasi mencengkam, seorang yang tidak boleh terikat dengan apa-apa kepentingan kerana lidahnya lancar menuturkan kata-kata yang kadangkala tajam dan pedas. Lalu timbullah masalah bila masyarakat kurang memahami dan masih rendah taraf ekonominya; siapa yang akan membiayai kerja-kerja dakwah? siapa yang akan membiayai kehidupan para pendakwah? Apatah lagi bila sudah berkeluarga cabarannya semakin meningkat. Adakah hendak diutamakan kehidupan pasangan dan anak-anak? Ataupun  perjuangan yang harganya adalah kehidupan yang sederhana dan kadangkala melarat? kerana itulah Rasulallah s.a.w. mengingatkan kepada isteri-isterinya:
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
".....Jika kamu sekalian mengingini kehidupan dunia dan perhiasannya, maka marilah supaya kuberikan kepadamu mut'ah dan aku ceraikan kamu dengan cara yang baik. Dan jika kamu sekalian menghendaki (keredhaan) Allah dan Rasul-Nya serta (kesenangan) di negeri akhirat, maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi siapa yang berbuat baik diantaramu pahala yang besar.”
 (Surah Al-Ahzab ayat 28-29).
Sebab itulah, seorang da'ie harus memastikan dua perkara:
:. Membina pengaruh dan memastikan pengaruh yang diperolehi itu tetap bersih daripada unsur-unsur yang tidak sihat, dan jangan sampai penghormatan sampai ke tahap ta'sub  dan memuja-muja.
:. Da'ie itu sendiri jangan hanyut dalam populariti dan pengaruh yang diperolehi sehingga dia lupa daratan dan menyimpang dari tujuan dakwah yang sebenar.

SUMBER KEKUATAN

Sumber kekuatan untuk berhadapan dengan segala macam dugaan dan cabaran tidak lain dan tidak bukan adalah daripada Allah S.W.T. Oleh sebab itu seorang da'ie perlu berusaha membina hubungan yang baik dengan Allah S.W.T.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
"Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula solat) subuh. Sesungguhnya solat subuh itu disaksikan (oleh malaikat). Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai satu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji. Dan katakanlah: 'Ya Tuhanku, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah (pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi Engkau kekuasaan yang menolong." (Surah Al-Isra' ayat 78-80). 

Usahlah kita gentar dan gusar lagi sekiranya kita sudah dekat dengan Allah S.W.T. kerana Allah pasti bersama kita. Sepertimana yang dibisikkan oleh Ilahi kepada kedua utusan-Nya, Nabi Musa a.s. dan Nabi Harun a.s. tatkala mereka dalam kegusaran untuk berhadapan dengan Firaun yang zalim.
Firman Allah yang bermaksud:
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
"Janganlah kamu berdua khuatir sesungguhnya Aku beserta kamu berdua, Aku mendengar dan melihat." (Surah Thaha ayat 46).



14 Januari 2013

Jalan Menuju Allah

Assalamu'alaikum wbt :)
Hamdan wa Syukran lillahi Rabbil A'lamin, Solatan wa salaman ‘ala rasulillah Muhammad s.a.w. wa ‘ala alihi wa sohbihi wa sallim.
Ana doakan moga kalian berada di dalam Rahmat dan Lindungan Allah Subhanahu wa Ta'ala. In Shaa Allah. 

Alhamdulillah, dengan izin Allah, kita masih bernafas di bumi yang sementara, masih lagi kita di beri nikmat yang bermacam, sehingga kita nak menghitungnya tidak termampu, kerana nikmat Allah yang cukup banyak, Alhamdulillah, Terima Kasih Ya Allah. Allah itu Maha Pemurah, biar pun Allah, mengambil nikmat kita, contoh, "nikmat kesihatan" yang sakit hanya kaki kiri, tetapi kaki kanan masih sihat, ataupun separuh badan kita lumpuh, tetapi anggota yang lain masih lagi sihat dan boleh digunakan. Kita ni, manusia yang paling kaya kerana adanya nikmat Allah, keatas kita yang cukup banyak. Jadi malulah kita kepada Allah, kerana dengan nikmat, rezeki yang Allah berikan melimpah ruah, tetapi kita tidak tahu nak bersyukur, apatah lagi Ibadah kita kepada Allah. Allah tidak pernah kecewa dengan hamba-NYA, tetapi kita sebagai hamba-NYA yang ada sikap berputus asa. Sedangkan di dalam Islam tiada istilah berputus asa. Ayuh Ibu Ayah, Abang Kakak, adik-adik kita minta pada Allah dan beri kepada Manusia. In Shaa Allah.

Alhamdulillah, kita berada di tahun 2013M.. sekiranya tahun tidak berganjak umur kita tetap juga berganjak. Ini bermakna kita semakin menghampiri kematian. So apa Preparation  kita? kan sahabat-sahabat. Alhamdulillah, umur ana pun sudah 26 tahun, Masa itu bergerak pantas, Persoalannya, adakah kita yang mengejar masa atau masa yang mengejar kita? Pilihan ditangan kita semua. Alhamdulillah, segala kenangan 2012, yang berasa sweet sour pahit tawar tidak akan ana lupakan, malah ia menjadi ibrah kepada ana, moga disitu In Shaa Allah, ada manfaatnya, agar 2013, lebih banyak 'Nur' yang akan terangi jalan kehidupan sebagai seorang hamba Allah. Aamiin Ya Rabbal A'lamin, In Shaa Allah."Tahu kita sebagai hamba Allah dan Sedar kita sebagai hamba Allah". Tahu dan Sedar adalah dua perkataan yang berbeza. Tahu tak semestinya buat, tetapi sedar In Shaa Allah. Ana teringat kata-kata Prof. Dr Muhaya, di dalam radio IKIM.fm. Waktu yang paling penting? waktu sekarang, siapakah orang yang paling penting? depan kita, amalan yang paling penting? berbuat baik. JOM AUDIT, RESET MINDA. ^_^ .

Untuk ana dan sahabat-sahabat yang di kasihi kerana Allah, untuk berhijrah, bermulalah walaupun benda itu kecil atau sedikit, In Shaa Allah. Seterusnya Istiqamah, ketekunan ataupun komitmen bersungguh-sungguh. In Shaa Allah, dan seterusnya bermulalah pada hari ini, In Shaa Allah."Jagalah Allah nescaya Allah menjaga kamu" Yakin dan Percayalah 
In Shaa Allah. Ana doakan semoga 2013M ini, akan membawa suatu titik pencerahan di dalam kehidupan kita, menuju jalan yang diredhai-NYA. In Shaa Allah. "Semoga hari ini lebih baik dari semalam, dan semoga esok lebih baik dari hari ini". In Shaa Allah.