24 Ogos 2012

ini kisah ku!!

بسم الله الرحمن الرحيم 
Assalamu'alaikum wbt, Alhamdulillah
semoga kita tidak termasuk dari golongan 
orang yang kufur nikmat. Maka bersyukurlah.

Semoga Allah menerima amalanmu dan amalanku
Minnal aidiwal faizin.
semoga raya kita diberkati Allah. insyaAllah
Nikmat yang Allah beri dengan sebulan kita berpuasa, pahala
ganjaran berganda, dengan Lailatul Qadarnya. Allah sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah
"janganlah kita samakan hari yang berpuasa dengan hari yang tidak berpuasa"
Hari Raya, Alhamdulillah.. sungguh bersederhana bagi kami sekeluarga.

...banyak kenangan indah sepanjang ramadhan...
yang ana sendiri tak boleh lupakan.
bila ingat balik sweetnya..hehe
lagi manis dari gula!!
kawan baru ana ni, ana panggil dia "Ustazah".. sebelum panggil
"ustazah' ana minta izin dulu, Alhamdulillah, dia tak kisah
ana panggil dia macam tu, sampaikan jumpa dia pun
sebabkan dah terbiasa.. tak pelah. (:
orangnya cukup hebat, perwatakanya cukup baik
bila ada kawan yang baik boleh ingatkan kita
tidak seharusnya kita melepaskan. Pada ana, dia dah macam adik
ana sendiri, kalau dia salah ana tegur.. sepanjang ramadhan yg lalu
dia ada beri tazkirah malalui SMS.. ada sekali tu tazkirah tu ana tak dapat
Allah, tiba2 ana jadi sedih, yelah tazkirah tak ada.
roommate dia ada berkata pada ana
"kalau akak sakitkan hati dia siap akak"
sampai la ni.. ana ingat perkataan tu. "kerana Allah kami bertemu"

Ramadhan lalu, ana kena jadi naqibah, first time sehh!!
tapi syukur Alhamdulillah, ana pegang tanggungjawab tu kerana Allah.
dapat rumah pula semua sem. 1, Alhamdulillah mereka semua okk!!
dari situ dapat eratkan lagi jalinan ukhuwah. Sebut pasal Ukhuwah
ada juga majlis iftar dengan semua barisan kepimpinan
PRISMA, iftar dengan budak2 rumah tersayang, dengan my roommate yang nakal, hehe
iftar bersama Ustazah and housemate .
macam2 gaya sebenarnya. itulah manisnya Ukhuwah atas dasar kerana Allah.
memang tak dapat dilupakan.

Bila ada manis pasti ada pahitnya.. kan..kan ):
semua itu ujian, untuk menguji tahap keimanan dan kesabaran seseorang.
sedih sampaikan air mata seorang wanita mengalir jatuh ke pipi, ceeewah!! 
semua tu bersifat sementara, dari situ kita belajar
macam mana nak kuat, Alhamdulillah.. akhirnya
tersenyum kembali. Allah tu Maha Mengetahui, dan DIA beri ujian
itu setakat yang kita mampu pikulnya. Hikmahnya InsyaAllah.. ada ^_^ 

:::orang kalau cuti raya bawa kuih raya ke, apa ke balik
tapi ana bawa buku dan Assignment kerana itulah tugasan 
yang diberi dan perlu disiapkan. Naik cuti ni kena hantar
dan pastinya.. banyak mid term menanti. ;-) ohhh.. semangat.. semangat!!!
(tapi dalam hati dup..dab..dup..dab..) hihi, insyaAllah, siapa berusaha dia dapat!! :::

~ itu sahaja untuk kisah hari ini~ 
:insyaAllah, panjang umur kita jumpa lagi:
>semoga hidup kalian sentiasa mendapat keberkatan dari Allah<
ingat jaga Solat, jaga Akhlak, dan jaga Diri
sebarkan salam, sedekahkan senyuman <3<3<3