29 November 2012

Bersabarlah!!



"Perjalanan hidup didunia ini tidak selamanya mulus. Kadangkala ada batu terjal yang tersandung. Kadang pula ada batu kerikil yang menghalang. Tidak kurang juga jurang yang dalam dan tebing yang menjulang menjadi masalah."

SABAR MENERIMA

Sabar itu merupakan sikap paling besar dan penting yang perlu dimiliki oleh seorang mukmin yang ditimpa musibah. Antara cara untuk bersabar ialah 
  • Dengan menjaga HATI agar tidak MARAH.
  • Menjaga LIDAH, agar tidak MENGELUH.
  • Menjaga ANGGOTA BADAN agar tidak melakukan  hal-hal yang dibenci ALLAH.
Sabar itu merupakan titik paling indah bagi seorang mukmin dikala ditimpa musibah. Sabda Nabi Muhammad SAW, "Sesungguhnya menakjubkan perkara orang yang beriman. Semua perkara baik. Dan itu tidak dimiliki oleh siapa pun selain orang beriman. Jika mendapat kesenangan dia bersyukur kepada Allah, maka baginya adalah pahala. Dan jika ditimpa kesusahan ia bersabar, maka sabar itu juga berpahala. Maka semua ketentuan Allah untuk seorang muslim adalah baik." (Hadis Riwayat Muslim).

Sabda Baginda lagi,"Aku kagum dengan ketentuan Allah bagi orang yang beriman. Jika dia mendapat kebaikan maka dia akan memuji Allah dan bersyukur dan jika ditimpa musibah maka dia memuji Allah lalu bersabar. Maka seorang mukmin itu akan mendapat pahala dari setiap perkaranya." (Hadis Riwayat Ahmad  dan Nasa'i).

MEMBACA ISTIRJA' DAN BERDOA

Istirja' ialah lafaz inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Allah SWT berfirman yang bermaksud:
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa (kematian) serta hasil tanaman. Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali". Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.”
(Surah Al-Baqarah, Ayat 155-157).

Rasulallah SAW bersabda: "Tidaklah seorang muslim yang ketika ditimpa musibah kemudian berdoa sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah: 'Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Ya Allah, tolonglah aku dalam menghadapi musibah ini, dan berikanlah ganti yang lebih baik,'Melainkan Allah akan memberinya ganti yang lebih baik,"(Hadis Riwayat Muslim)

Rasulallah SAW bersabda: "Barangsiapa yang ditimpa kesedihan, kegundahan, sakit dan musibah lalu membaca: 'Allah adalah Tuhanku, tiada sekutu baginya, maka Allah akan menghilangkan darinya."
(Kitab Sahih Jami').

Rasulallah SAW bersabda: "Doa orang yang ditimpa musibah adalah, 'Ya Allah, aku mengharapkan rahmat-MU, jangan Kau biarkan aku bersendirian walau hanya sesaat, dan perbaikilah semua urusanku, tidak ada Tuhan yang layak disembah selain-MU."
(Sunan Abu Daud, Kitab Sahih Jami').

Sesungguhnya Rasulallah SAW jika dihimpit masalah maka baginda berdoa:
"Wahai Zat yang Maha Hidup Kekal dan Menguruskan makhluk-NYA, dengan rahmat-MU aku memohon pertolongan." (Sunan Tirmizi, Sahih Jami').


21 November 2012

Jangan Menyerah, Palestina!!






Sepi
tiba-tiba berdentum dan
tangisan mengalir
di celah-celah rekahan
menitis
di selitan dedaun kering
teriakan
pecah bertaburan

Menyala semangatmu
Langsung Tiada Gentar !

Walau darah merah pantas membuak
walau remuk redam hati dihimpit kebinasaan
walau letupan menerpa tak menentu
engkau tetap di situ
tiada berganjak , tiada beralih
bangkit sebagai pejuang Islam
bangkit !





Aku terlalu merinduimu wahai syabab
engkau teguh melawan rejim laknatullah
dengan hanya berbekalkan
seketul batu
lemparan itu membawa sejuta makna
kental sungguh dirimu
aku terkesima , menangis sendiri
mengenangkan syahidnya dirimu
Faris Audah
kerana keyakinanmu
menyemai benih Hasan al-Banna

Suasana dingin yang tenang
hilang keindahannya , direntap
peluru itu membunuhmu !
dari udara , tak terlihat
yang tinggal hanya kenanganmu
Essam al-Batsh , kau gagah
Sobhi al-Batsh , kau tidak menyerah
wahai dua bersaudara
dunia membunuhmu syuhada' !
tapi kau tetap hidup , mekar mewangi
dalam qalbu dan air mata
para pendamba syahid

Teruskan perjuanganmu Palestina
Jangan Pernah Mengalah !

Ini hanya secebis cuma
tidak terkira bilanganmu wahai syuhada'
dapat aku rasakan jihad dan kebangkitan kalian
bangunlah wahai bakal-bakal syuhada'
semangatmu membara , aku tahu !

Lihatlah
renungi dengan mata hatimu
Fahima rela syahid untuk Palestin
dia mendorong jiwa kecilmu untuk berjuang
bukankah itu suatu bentuk pengorbanan ?
dari seorang nisa'
yang dahulunya memerangimu dengan darah
yang dahulunya mengecammu dengan air mata
yang dahulunya membencimu dengan seksa

Namun kini
pendiriannya berubah , dia beroleh hidayah
dan kerana percayakan keagungan Allah
dia sanggup menyerahkan dirinya kepada Islam !
pengkhianat ?
dikecam bunuh ?
aku tahu , dia sama sekali tidak gentar
kerana dia mengagumi kentalnya Sumayyah
nisa' pertama syahid di dunia


Di sini
hanya doa kudus yang mampu ku hulur
buat saudara seIslamku
di sana
mengiringi air mata kalian
dan
andai suatu hari nanti
tertakdir suratan diri
akan ku jejak bumi suci para anbiya' itu
mengejar syahid
ini azamku !
jangan sesekali dipersoalkan

Bertahanlah jiwa-jiwa pemuda
Islam pasti bangkit semula

Rejim Israel , Yahudi Laknatullah !
engkau kan tewas jua
jangan memandang hina pada syabab dan nisa' Islam
mereka semua ahli Jannah
kau hanya membuang tenaga
sia-sia , percuma sahaja
menentang dan memusnahkan perpaduan Ummah

kerana
Palestina yang aku kenal
Takkan Pernah Menyerah ! 





::Insya-Allah,  jangan lupa layari:


Aamiin Ya Rabbal' Alamin


Catatan: Najwa | 20 November 2012

20 November 2012

Kelebihan Bulan Muharam





ALLAH SWT berfirman yang  (maksudnya), "Sesungguhnya manusia itu menyaksikan bilangan bulan di Sisi ALLAH adalah 12 bulan sebagaimana Ketetapan ALLAH ketika DIA menciptakan langit dan bumi. Di Antaranya ada empat bulan haram. (Ketetapan) Kerana itulah Agama yang Lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu "(Surah at-Taubah, 9: 36).

Nabi SAW bersabda, "Masa itu telah berputar sebagaimana biasa sejak ALLAH menciptakan langit dan bumi. Satu tahun ada 12 bulan, di Antaranya empat bulan haram. tiga bulan berturut-turut, iaitu Zulkaedah, Zulhijah, Muharam, dan satu lagi ialah Rejab yang terletak di antara Jamadilakhir dan Syaaban. "(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Muharam ialah bulan yang mulia dan ia memiliki keutamaannya tersendiri. Nabi SAW menyatakan Muharam ialah bulan ALLAH, dan puasa yang paling Afdal setelah Ramadan ialah puasa dalam Muharam.

Kata Nabi SAW, "Puasa yang paling Afdal setelah puasa Ramadan ialah puasa di bulan ALLAH, al-Muharam. Solat yang paling Afdal setelah solat yang difardukan adalah solat pada malam hari.
 "(Hadis Riwayat Muslim)

Dalil-dalil ini semuanya menunjukkan Kemuliaan di bulan haram, terutamanya Muharam. Selain itu, di dalamnya turut ditegaskan lagi akan Bab Larangan menganiaya diri. Ini menunjukkan perbuatan maksiat di bulan haram lebih diharamkan lagi berbanding bulan-bulan selainnya. Sebaliknya, amalan soleh pula akan diberikan ganjaran yang besar.

Hikmah bulan haram

Di antara hikmah dijadikan empat bulan haram di mana tiga bulan secara berturut-turut dan satu bulan lagi dengan menyendiri adalah bagi memberi ketenangan kepada Umat Islam yang melaksanakan ibadah haji. Iaitu Zulkaedah merupakan satu bulan pertama sebelum bermulanya bulan haji. Sesudah bulan Zulhijah di mana Umat Islam disibukkan dengan ibadah haji dan melaksanakan manasiknya. Kemudian dijadikan bulan yang Sesudah juga sebagai bulan haram, iaitu Muharam Supaya pada bulan tersebut mereka dapat kembali ke wilayah atau negara mereka masing-masing yang saling berjauhan secara aman.

Manakala Rejab yang berada di pertengahan tahun pula adalah Supaya pada bulan tersebut Umat Islam di sekitar Jazirah Arab dapat melawat Kaabah dan melaksanakan umrah dengan aman. (Lihat: Tafsir Ibnu Katsir, 4/148)

Ini adalah kerana dalam bulan-bulan haram, Umat Islam diharamkan untuk Place melainkan sekiranya Umat Islam lebih dahulu diserang atau diperangi. Pada ketika Umat Islam lebih dahulu diserang, mereka dibolehkan untuk mempertahankan diri serta membuat Serangan Balas.

Amalan sunnah Muharam

Di antara amalan sunnah yang disebutkan secara khusus pada Muharam adalah berpuasa sunnah.

Sebagaimana yang disebutkan dalam hadis di atas, puasa yang paling Afdal setelah puasa Ramadan adalah puasa Muharam. Maksud puasa dalam hadis tersebut adalah puasa sunnah secara umum. Memperbanyakkan amalan puasa sunnah dalam bulan ini (Muharam) terutamanya pada hari ke-10 Muharam adalah termasuk sunnah-sunnah yang sangat amat dinasihatkan.

'Abdullah B 'Abbas r.a berkata, "Nabi Tiba di Madinah dan beliau mendapati orang-orang Yahudi sedang berpuasa 'Asyura (hari ke-10 Muharam)." Nabi bertanya "Puasa Apakah ini?"

Orang-orang menjawab, "Hari ini adalah hari yang baik, iaitu hari di mana ALLAH telah menyelamatkan bani Israel daripada kejahatan musuhnya, maka Musa pun berpuasa sebagai tanda Syukur beliau kepada ALLAH dan kami pun turut serta berpuasa.

"Nabi SAW pun berkata," Kami lebih berhak terhadap Musa daripada kamu semua. "Akhirnya Nabi pun berpuasa dan memerintahkan Umat Islam untuk berpuasa." (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Sejarah penetapan puasa 'Asyura mengalami beberapa FASA. Pada awalnya, ketika di Makkah Nabi berpuasa 'Asyura tanpa memerintah orang lain untuk berpuasa. Kemudian apabila sampai di Madinah, beliau tetap terus berpuasa di hari Asyura dan memerintahkan Umat Islam agar turut berpuasa.

Tetapi setelah Perintah Wajib berpuasa Ramadan Turun, puasa pada hari Asyura menjadi sunnah dan tidak diwajibkan. Rasulallah mengatakan, "Sesiapa yang hendak berpuasa (pada hari Asyura), silakan berpuasa, bagi yang tidak berpuasa, juga tidak mengapa." (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Kemudian ketika di penghujung hayatnya, Rasulallah SAW bertekad untuk tidak hanya berpuasa pada hari Asyura (hari ke-10) Muharam, tetapi juga bertekad untuk puasa pada hari yang ke-9.

Ibnu 'Abbas r.a berkata, "Masjid Nabi sedang berpuasa pada hari Asyura dan memerintahkan para sahabatnya untuk turut berpuasa, para sahabat berkata," Wahai Rasulallah, hari Asyura adalah hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Nashara. "

Maka Rasulullah SAW berkata "Jika begitu tahun depan insya-ALLAH kita puasa sekali pada hari yang ke sembilannya."Ibnu 'Abbas berkata, "Tetapi belum sempat sampai tahun depan beliau telah wafat terlebih dahulu." (Hadis Riwayat Muslim)

Dari hadis ini, Umat Islam tidak hanya disunnahkan agar berpuasa di hari ke-10 Muharam atau dikenali sebagai hari Asyura, tetapi juga turut disunnahkan agar berpuasa pada hari ke sembilan Muharam.

Rasulallah mengisyaratkan tentang kelebihan puasa 'Asyura sebagaimana sabdanya, "Adapun puasa di hari Asyura, aku memohon kepada ALLAH agar ia dapat Menghapuskan dosa setahun yang lalu." 
(Hadis Riwayat Muslim)

Insya Allah,

::SUMBER: Harakah Daily::

13 November 2012

Cermin diri bentuk PERIBADI



"LIHATLAH GUNUNG YANG TINGGI SUBHANALLAH ITU ALLAH YANG PUNYA
             LIHATLAH PANTAI YANG INDAH SUBHANALLAH ITU ALLAH YANG PUNYA

TIADA YANG ENGKAU PUNYA.. SEMUANYA ALLAH PUNYA
         
 LIHATLAH BURUNG YANG TERBANG SUBHANALLAH ITU ALLAH YANG PUNYA
              LIHATLAH BUNGA YANG MEKAR SUBHANALLAH ITU ALLAH YANG PUNYA
          
TIADA YANG ENGKAU PUNYA.. SEMUANYA ALLAH PUNYA
    DARI ITU JANGANLAH SOMBONG.. JANGANLAH RIAK SERTA IRI HATI

               DUNIA HANYA PINJAMAN SEMENTARA
      AKHIRNYA KEMBALI KEPADA-NYA..."     

Allah, ini sebahagian lirik lagu daripada album saudara Iwan Syahman. 
            
Diri kita ini SEBENARNYA DIMILIKI.. dimiliki  oleh siapa..  ALLAH SWT
kita ini kosong sebenarnya..tiada apa pun.. 

Dari Abu Hurairah r.a beliau berkata: 
"Saya bertanya: 'Wahai Rasulallah, siapakah manusia yang paling bahagia mendapat syafaatmu pada hari kiamat nanti?' Rasulallah s.a.w menjawab: 'Wahai Abu Hurairah, sungguh saya menduga tidak ada seorang  pun yang mendahului  engkau untuk menanyakan perkara ini, kerana aku melihat minatmu terhadap hadis.' Manusia yang paling bahagia mendapat syafaatku  pada hari kiamat nanti adalah  orang yang mengucapkan kalimah "LAILAHAILLAALLAH" dengan IKHLAS DARI HATINYA  ATAU JIWANYA." 
(Hadis Riwayat Bukhari)


  1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang KELALAIAN. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat dohadapan manusia menghilangkan maruah diri.
  2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, INSAFLAH ini tanda kelemahan diri, Kesalilah ketelanjuran itu dan berazam tidak mengulanginya lagi.
  3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan TETAPI amat sulit dilaksanakan.
  4. KESENANGAN dan KEMEWAHAN selalu membawa keSOMBONGAN dan keLALAIAN. KESUSAHAN dan PEDERITAAN pula selalu membawa KEKECEWAAN dan PUTUS ASA, kecuali ORANG MUKMIN.
  5. Di antara tanda-tanda orang SOMBONG itu ialah cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah iaitu bertegang leher, kelihatan diwajahnya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.
  6. Orang yang sudah hilang sifat marah: Dayus, cepat melahirkan sifat marah: Lemah mujahadah. Orang yang ada sifat marah, TETAPI dapat DISEMBUNYIKAN kecuali ditempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.
  7. Tahu diri kita hamba itu adalah ILMU, merasa diri kita itu HAMBA itu PENGHAYATAN. Kedua sifat inilah yang akan melahirkan SIFAT TAWADHUK, MALU, KHUSUK, TAKUT, HINA DAN lain-lain sifat kehambaan.
  8. Jika kita MENGINGATI DOSA, kita TIDAK nampak lagi KEBAIKAN, apatah lagi untuk dibanggakan.
  9. Lahirlah kemesraan kita sesama manusia itu adalah HAKnya, TAPI.. jangan PUTUS HATI KITA DENGAN ALLAH, kerana ini adalah HAKNYA PULA.
  10. Apabila rasa SENANG dengan PUJIAN, rasa SAKIT dengan KEHINAAN menunjukkan kita ada kepentingan PERIBADI, tanda kita tidak IKHLAS membuat KEBAIKAN.
"MUJAHADAH ITU PAHIT KERANA SYURGA ITU MANIS"!!



Pesanan Luqmanul Hakim



::Saya ada sebiji epal..
anda pun ada sebiji epal..
kita tukar epal..
anda ada sebiji epal..
saya pun ada sebiji epal..

::Jika anda ada satu ilmu..
dan saya pun ada satu ilmu..
kemudian..
kita tukar ilmu tersebut..
anda ada dua ilmu..
dan saya juga ada dua ilmu..


Pada suatu hari, Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor keldai,
manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata,
"Lihat orang tua itu yang tidak bertimbang rasa, anaknya dibiarkan berjalan kaki."
Setelah mendengar desas-desus dari orang ramai, maka Luqman pun turun lalu meletakkan anaknya diatas
keldai itu. Melihat keadaan itu, maka orang dipasar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki
sedangkan anaknya sedap menaiki keldai itu, sungguh kurang adab anak itu."

Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik keatas  belakang keldai itu bersama-sama 
anaknya. Kemuadian orang ramai berkata lagi, "Lihatlah, dua orang menaiki seekor keldai. 
Kesian keldai itu terseksa."
Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun
dari keldai itu. Kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan keldai itu tidak dinaiki,"

Dalam perjalanan pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya seseorang tidak terlepas dari percakapan manusia.
Orang yang berakal tidak mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah SWT sahaja.
Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangan dalam setiap sesuatu."

Kemudian  Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya, tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinan (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayakan  orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang  suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."  

09 November 2012

Kisah Hasan Al-Bashri Dan Puteri Yang Menangisi Kubur Ayahnya


Pada suatu ketika Imam Hasan Al-Bashri sedang duduk dimuka pintu rumahnya. Tiba-tiba ada mayat seorang lelaki sedang diusung oleh orang ramai. Disitu, seorang puteri dari mayat itu mengikuti di bawah usungan dengan mengurai rambutnya dan menangis. Hasan Al-Bashri lalu mengikutinya. Puteri itu mengatakan,"Aduh ayah, selama umurku aku tidak akan menghadapi suatu hari seperti hari ini". Mendengar kata puteri itu, Hasan Al-Bashri berkata kepada puteri itu,"Engkau sudah tidak akan menghadapi ayahmu sebagaimana hari ini". Setelah itu beliau lalu menyembahyangkan, setelah selesai beliau terus pulang. 

Pada keesokkan paginya, ketika Hasan Al-Bashri mengerjakan solat subuh, hingga sampai terbitnya matahari, kemudian beliau duduk dimuka rumahnya. Tiba-tiba puteri semalam yang kehilangan ayahnya lalu untuk menziarahi kubur ayahnya sambil menangis. Kata Hasan Al-Bashri, "Anak ini adalah seorang anak yang diberi hikmah. Aku akan mengikutinya  kalau-kalau ia berkata dengan suatu perkataan yang memberi manfaat dan berfaedah pada diriku." Beliau terus mengikutinya di belakang". Setelah puteri itu sampai dikubur ayahnya, beliau lalu menyembunyikan diri dibawah pohon yang berduri agar tiada siapa yang dapat melihatnya. Anak puteri tadi lalu merangkul dan mendakap kubur ayahnya. Mukanya diletakkan pada tanah sambil berkata:
  • Wahai ayah, bagaimana engkau semalam didalam gelapnya kubur, dengan sendirian tidak ada yang menerangi dan menghibur.
  • Wahai ayah, akulah yang menerangi lampu engkau malam kelmarin, maka lantas siapa yang menerangi lampu engkau malam tadi?
  • Wahai ayah, akulah yang memberikan alas tidur engkau malam kelmarin, lantas siapa yang memberi alas tidur engkau pada malam tadi?
  • Wahai ayah, akulah yang menyelimuti kedua tangan dan kedua kakimu malam kelmarin. Siapakah yang menyelimutimu malam tadi?
  • Wahai ayah, akulah yang mengambil minuman engkau malam kelmarin. Siapakah yang memberi engkau minum malam tadi?
  • Wahai ayah, akulah yang menutupi anggotamu ketika engkau telanjang, lantas siapakah yang menutupi engkau malam tadi?
  • Wahai ayah, akulah yang membayangkan wajahmu kelmarin. Siapakah yang membayangkan wajahmu malam tadi?
  • Wahai ayah, kelmarin engkau memanggil-manggil dan akulah yang menjawab. Siapakah yang engkau panggil malam tadi?
  • Wahai ayah, ketika engkau ingin makan akulah yang mengambilkan, malam tadi siapakah yang memberi engkau makan?
  • Wahai ayah, akulah yang memasak segala macam makanan buat ayah kelmarin. Siapakah yang memasak untuk ayah malam tadi?
Setelah Imam Hasan Al-Bashri mendengar ucapan-ucapan anak itu, lalu beliau memperhatikan dan menampakkan dirinya sambil mendekati seraya mengatakan"Wahai sang puteri! Engkau jangan mengatakan seperti itu, tapi katakan demikian:
  • "Kelmarin aku menghadapkan engkau ke kiblat. Sekarang apakah engkau masih menghadap menghadap kiblat atau sudah berpaling?
  • Wahai ayah, aku mengkafani engkau dengan kafan yang baik, apakah kafan itu masih utuh atau sudah dikoyak?
  • Wahai ayah, aku meletakkan engkau dalam kubur masih utuh jasadnya, apakah sekarang masih utuh atau dimakan sempit?
  • Wahai ayah, para ulama'sama mengatakan" Para hamba itu akan ditanya urusan iman, maka sebahagian hamba ada yang dapat menjawab dan ada yang tidak". Lantas apakah engkau dapat menjawabnya atau tidak?
  • Wahai ayah, para ulama' sama mengatakan"kubur itu ada yang diperluas buat ahli kubur, dan ada yang disempitkan". Apakah kubur ayah diperluaskan atau disempitkan?
  • Wahai ayah, para ulama' sama mengatakan "Sebahagian ahli kubur itu kafannya ada yang diganti dengan kafan Syurga, dan ada yang diganti dengan kafan dari Neraka". Lalu, apakah kafanmu itu diganti dengan kafan dari Syurga atau Neraka?
  • Wahai ayah, para ulama' sama berkata "Kubur itu merupakan taman dan taman-taman syurga, atau lubang dari lubang-lubang neraka". Apakah kuburmu itu merupakan taman syurga atau lubang neraka?
  • Wahai ayah, para ulama' sama mengatakan "Kubur itu merangkul sebahagian ahli kubur bagaikan seorang ibu merangkul seorang anaknya, dan ada yang benci serta menghimpit ahli kubur. Sehingga putus dan keluar tulang rusuknya". Apakah kubur ini memeluk engkau atau benci?
  • Wahai ayah, para ulama' juga berkata "Semua orang yang berada dalam kubur pasti menyesal, bagi orang yang bertakwa menyesali kerana kurang banyak kebaikannya. Bagi orang yang ahli maksiat, sama menyesali perbuatan jahat". Apakah engkau menyesal dalam melakukan perbuatan jahat atau menyesal kerana sedikit melakukan perbuatan yang baik?
  • Wahai ayah, kelmarin aku memanggil-manggil engkau dan engkau terus menjawab. Sudah lama aku memanggil-manggil diatas kuburmu, tapi bagaimana aku tidak mendengar suaramu.
  • Wahai ayah, engkau sudah tidak akan berjumpa dengan aku hingga datangnya kiamat. Ya Allah, janganlah engkau menghalangi aku untuk berjumpa dengan ayah kelak dihari kiamat.
Anak puteri itu, lalu berkata kepada Hasan Al-Bashri,"Wahai tuan Hasan, aku sangat berterima kasih kepadamu yang telah menasihati rintihanku terhadap ayah. Dan terima kasih dalam engkau memberi nasihat dan mengingatkan dari tidur orang yang lalai. Anak puteri itu lalu pulang bersama Hasan Al-Bashri sambil menangis.

                              "PERBANYAKKANLAH MENGINGAT-INGAT SESUATU 
               YANG MELENYAPKAN SEGALA MACAM KELAZATAN (KEMATIAN)"
                                                         (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)


02 November 2012

Ya Hanana



”Orang yang bakhil ialah yang bila disebut namaku kepadanya, lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku.” (Riwayat Tirmizi).

 “Barang siapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. ” (Riwayat Tabrani).  











Selawat Ya Badrotim



“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya. ” (Surah Al-Ahzab: 56).

يَا بَدْرَتِمْ
Ya Badrotim
(Wahai bulan purnama)

يَا بَدْرَتِمٍّ حَازَ كُلَّ كَمَـالِ
Ya Badrotim ya badrotimmin haza kulla kamaali
(Wahai bulan purnama yang telah
mencapai segala puncak kesempurnaan!)

مَا ذَا يُعَبِّرُ عَنْ عُلاَكَ مَقَالِيْ
Maaza yu'a maaza yu'abbiru ‘an 'ulaaka maqoalii
(Bagaimana kata-kataku mampu
mengungkapkan ketinggian sifat-sifatmu?)

أَنْتَ الََّذِيْ أَشْرَقْتَ فِيْ أُفُقِ الْعُـلا
Antallazii asyraqta fii ufuqil 'ulaa (2x)
(Engkaulah yang telah terbit mentari
ilmumu di ufuk ketinggian dan kemuliaan,)

فَمَحَوْتَ بِالأَنْوَارِ كُلَّ ضَلاَلِ
Famahawta bil anwaari kulla dholaali (2x)
(Lalu dengan cahaya syariatmu
telah engkau lenyapkan segala kesesatan.)

وَبِكَ اسْتَنَارَ الْكَوْنُ يَا عَلَمَ الْهُدَى
Wa bikas tanaarol kaunu yaa ‘alamal hudaa (2x)
(Dengan kelahiranmu alam semesta
terang bersinar wahai ‘Gunung Petunjuk’,)

بِالنُّوْرِ وَالإِنْعَـامِ وَالإِفْضَالِ
Bin nuuri wal in ‘aami wal ifdhoali (2x)
(Bersinar dengan cahaya,
kenikmatan dan pelbagai kurnia.)

صَلَّى عَلَيْكَ اللََّهُ رَبِّ دَآئِمًا
Solla ‘alaikallahu robbii robbii daa’iman (2x)
(Semoga Allah Tuhanku melimpahkan
rahmat ke atasmu selama-lamanya,)

أَبَدًا مَعَ الإِبْكَـارِ وَالآصَـالِ
Abadan ma'al ibkaari wal asoalii (2x)
(Di waktu pagi dan petang,
dan sepanjang masa.)

وَعَلَى جَمِيْعِ الآلِ وَالأَصْحَابِ مَنْ
Wa ‘alaa jami‘il aali wal as-haabi man (2x)
(Semoga rahmatNya dilimpahkan jua ke atas
seluruh keluarga dan sahabatmu iaitu orang-orang yang,)


قَدْ خَصَّهُمْ رَبُّ الْعُلاَ بِكَمَالِ
Qod khossohum robbul ‘ulaa bi kamaali (2x)
(Telah dikurniakan keistimewaan dengan kesempurnaan
oleh Tuhan yang memiliki segala sifat ketinggian dan kemuliaan.))