13 November 2012

Pesanan Luqmanul Hakim



::Saya ada sebiji epal..
anda pun ada sebiji epal..
kita tukar epal..
anda ada sebiji epal..
saya pun ada sebiji epal..

::Jika anda ada satu ilmu..
dan saya pun ada satu ilmu..
kemudian..
kita tukar ilmu tersebut..
anda ada dua ilmu..
dan saya juga ada dua ilmu..


Pada suatu hari, Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor keldai,
manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata,
"Lihat orang tua itu yang tidak bertimbang rasa, anaknya dibiarkan berjalan kaki."
Setelah mendengar desas-desus dari orang ramai, maka Luqman pun turun lalu meletakkan anaknya diatas
keldai itu. Melihat keadaan itu, maka orang dipasar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki
sedangkan anaknya sedap menaiki keldai itu, sungguh kurang adab anak itu."

Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik keatas  belakang keldai itu bersama-sama 
anaknya. Kemuadian orang ramai berkata lagi, "Lihatlah, dua orang menaiki seekor keldai. 
Kesian keldai itu terseksa."
Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun
dari keldai itu. Kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan keldai itu tidak dinaiki,"

Dalam perjalanan pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya seseorang tidak terlepas dari percakapan manusia.
Orang yang berakal tidak mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah SWT sahaja.
Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangan dalam setiap sesuatu."

Kemudian  Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya, tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinan (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayakan  orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang  suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan