09 November 2012

Kisah Hasan Al-Bashri Dan Puteri Yang Menangisi Kubur Ayahnya


Pada suatu ketika Imam Hasan Al-Bashri sedang duduk dimuka pintu rumahnya. Tiba-tiba ada mayat seorang lelaki sedang diusung oleh orang ramai. Disitu, seorang puteri dari mayat itu mengikuti di bawah usungan dengan mengurai rambutnya dan menangis. Hasan Al-Bashri lalu mengikutinya. Puteri itu mengatakan,"Aduh ayah, selama umurku aku tidak akan menghadapi suatu hari seperti hari ini". Mendengar kata puteri itu, Hasan Al-Bashri berkata kepada puteri itu,"Engkau sudah tidak akan menghadapi ayahmu sebagaimana hari ini". Setelah itu beliau lalu menyembahyangkan, setelah selesai beliau terus pulang. 

Pada keesokkan paginya, ketika Hasan Al-Bashri mengerjakan solat subuh, hingga sampai terbitnya matahari, kemudian beliau duduk dimuka rumahnya. Tiba-tiba puteri semalam yang kehilangan ayahnya lalu untuk menziarahi kubur ayahnya sambil menangis. Kata Hasan Al-Bashri, "Anak ini adalah seorang anak yang diberi hikmah. Aku akan mengikutinya  kalau-kalau ia berkata dengan suatu perkataan yang memberi manfaat dan berfaedah pada diriku." Beliau terus mengikutinya di belakang". Setelah puteri itu sampai dikubur ayahnya, beliau lalu menyembunyikan diri dibawah pohon yang berduri agar tiada siapa yang dapat melihatnya. Anak puteri tadi lalu merangkul dan mendakap kubur ayahnya. Mukanya diletakkan pada tanah sambil berkata:
  • Wahai ayah, bagaimana engkau semalam didalam gelapnya kubur, dengan sendirian tidak ada yang menerangi dan menghibur.
  • Wahai ayah, akulah yang menerangi lampu engkau malam kelmarin, maka lantas siapa yang menerangi lampu engkau malam tadi?
  • Wahai ayah, akulah yang memberikan alas tidur engkau malam kelmarin, lantas siapa yang memberi alas tidur engkau pada malam tadi?
  • Wahai ayah, akulah yang menyelimuti kedua tangan dan kedua kakimu malam kelmarin. Siapakah yang menyelimutimu malam tadi?
  • Wahai ayah, akulah yang mengambil minuman engkau malam kelmarin. Siapakah yang memberi engkau minum malam tadi?
  • Wahai ayah, akulah yang menutupi anggotamu ketika engkau telanjang, lantas siapakah yang menutupi engkau malam tadi?
  • Wahai ayah, akulah yang membayangkan wajahmu kelmarin. Siapakah yang membayangkan wajahmu malam tadi?
  • Wahai ayah, kelmarin engkau memanggil-manggil dan akulah yang menjawab. Siapakah yang engkau panggil malam tadi?
  • Wahai ayah, ketika engkau ingin makan akulah yang mengambilkan, malam tadi siapakah yang memberi engkau makan?
  • Wahai ayah, akulah yang memasak segala macam makanan buat ayah kelmarin. Siapakah yang memasak untuk ayah malam tadi?
Setelah Imam Hasan Al-Bashri mendengar ucapan-ucapan anak itu, lalu beliau memperhatikan dan menampakkan dirinya sambil mendekati seraya mengatakan"Wahai sang puteri! Engkau jangan mengatakan seperti itu, tapi katakan demikian:
  • "Kelmarin aku menghadapkan engkau ke kiblat. Sekarang apakah engkau masih menghadap menghadap kiblat atau sudah berpaling?
  • Wahai ayah, aku mengkafani engkau dengan kafan yang baik, apakah kafan itu masih utuh atau sudah dikoyak?
  • Wahai ayah, aku meletakkan engkau dalam kubur masih utuh jasadnya, apakah sekarang masih utuh atau dimakan sempit?
  • Wahai ayah, para ulama'sama mengatakan" Para hamba itu akan ditanya urusan iman, maka sebahagian hamba ada yang dapat menjawab dan ada yang tidak". Lantas apakah engkau dapat menjawabnya atau tidak?
  • Wahai ayah, para ulama' sama mengatakan"kubur itu ada yang diperluas buat ahli kubur, dan ada yang disempitkan". Apakah kubur ayah diperluaskan atau disempitkan?
  • Wahai ayah, para ulama' sama mengatakan "Sebahagian ahli kubur itu kafannya ada yang diganti dengan kafan Syurga, dan ada yang diganti dengan kafan dari Neraka". Lalu, apakah kafanmu itu diganti dengan kafan dari Syurga atau Neraka?
  • Wahai ayah, para ulama' sama berkata "Kubur itu merupakan taman dan taman-taman syurga, atau lubang dari lubang-lubang neraka". Apakah kuburmu itu merupakan taman syurga atau lubang neraka?
  • Wahai ayah, para ulama' sama mengatakan "Kubur itu merangkul sebahagian ahli kubur bagaikan seorang ibu merangkul seorang anaknya, dan ada yang benci serta menghimpit ahli kubur. Sehingga putus dan keluar tulang rusuknya". Apakah kubur ini memeluk engkau atau benci?
  • Wahai ayah, para ulama' juga berkata "Semua orang yang berada dalam kubur pasti menyesal, bagi orang yang bertakwa menyesali kerana kurang banyak kebaikannya. Bagi orang yang ahli maksiat, sama menyesali perbuatan jahat". Apakah engkau menyesal dalam melakukan perbuatan jahat atau menyesal kerana sedikit melakukan perbuatan yang baik?
  • Wahai ayah, kelmarin aku memanggil-manggil engkau dan engkau terus menjawab. Sudah lama aku memanggil-manggil diatas kuburmu, tapi bagaimana aku tidak mendengar suaramu.
  • Wahai ayah, engkau sudah tidak akan berjumpa dengan aku hingga datangnya kiamat. Ya Allah, janganlah engkau menghalangi aku untuk berjumpa dengan ayah kelak dihari kiamat.
Anak puteri itu, lalu berkata kepada Hasan Al-Bashri,"Wahai tuan Hasan, aku sangat berterima kasih kepadamu yang telah menasihati rintihanku terhadap ayah. Dan terima kasih dalam engkau memberi nasihat dan mengingatkan dari tidur orang yang lalai. Anak puteri itu lalu pulang bersama Hasan Al-Bashri sambil menangis.

                              "PERBANYAKKANLAH MENGINGAT-INGAT SESUATU 
               YANG MELENYAPKAN SEGALA MACAM KELAZATAN (KEMATIAN)"
                                                         (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)


1 ulasan:

  1. Semoga Allah merahmati roh ayah.. abg amir janji akan jadi anak soleh dan pastikan adik2 pun mcm tu.. semoga ayah tenang di sana. abg amir rindu ayah sgt.. :(

    BalasPadam