بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ (162) لَا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُسْلِمِينَ (163)
Maksudnya: “Katakanlah (Wahai Muhammad!). Sesungguhnya solatku dan ibadatku dan hidupku dan matiku hanyalah bagi Allah, Tuhan Semesta Alam. Tiada sekutu bagi-Nya dan dengan itulah aku diperintahkan dan akulah orang yang pertama-tama di kalangan orang Islam (yang menyerahkan diri).” (Surah Al-An'am ayat 162-163).
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman

iaitu mereka yang khusyu’ dalam sembahyangnya

dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia

dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu)

dan mereka yang menjaga kehormatannya

kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidaklah tercela

kemudian sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas

dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya

dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya

mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi

yang akan mewarisi syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.
(Surah Al-Mukminun ayat 1-11)
(Surah Al-Mukminun ayat 1-11)
Diriwayatkan daripada An-Nu’man bin Basyir, Rasulallah s.a.w. bersabda:
Maksudnya: 'Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak, rosak pulalah seluruh badan, Ingatlah ia adalah hati'.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Rasulallah s.a.w. bersabda:
Maksudnya: 'Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan sebenar ialah kaya hati.'(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Rasulallah s.a.w bersabda:
Maksudnya: Daripada Anas r.a. katanya, Rasulallah s.a.w. bersabda: 'Menurut ilmu itu wajib ke atas tiap-tiap orang Islam.'
(Riwayat Ibnu Majah)
Rasulallah s.a.w bersabda:
Maksudnya: Daripada Anas r.a. katanya, Rasulallah s.a.w. bersabda: 'Menurut ilmu itu wajib ke atas tiap-tiap orang Islam.'
(Riwayat Ibnu Majah)
#Doa ini selalu kita baca#
Tiada ulasan:
Catat Ulasan