28 Disember 2012

Keadaan Bumi dan Kubur


"Wahai anak muda jangan sangka matimu tua
Wahai si tua jangan sangka kamu tiada mati!!"

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 28 yang bermaksud:

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat kelak); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

Dan Firman Allah Ta'ala dalam Surah Al-Hajj ayat 7 yang bermaksud:

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dan bahawa sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang, tidak ada sebarang syak padanya, dan bahawa sesungguhnya Allah akan membangkitkan (menghidupkan semula) orang-orang yang di dalam kubur.

Juga Firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat 185 yang bermaksud:
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

Imam Anas bin Malik r.a mengatakan: "Bahawasanya bumi setiap hari memanggil dengan 10 kalimat. Bumi itu berkata:
:::"Wahai anak cucu Adam, kamu BERJALAN di atas punggungku, TAPI tempat KEMBALI mu di dalam perutku".

:::"Kamu melakukan MAKSIAT di atas punggungku, TAPI kamu DISIKSA dalam perutku". 

:::"Kamu BERGURAU di atas lambungku, TAPI kamu MENANGIS dalam perutku".

:::"Kamu MAKAN BARANG HARAM di atas punggungku, TAPI seluruh SINGGAT akan memakan kamu di dalam perutku".

:::"Kamu BERGEMBIRA RIA di atas punggungku, TAPI kamu akan merasa SUSAH dalam perutku.

:::"Kamu MENGUMPULKAN BARANG HARAM di atas punggungku, TAPI kamu HANCUR dalam perutku".

:::"Kamu SOMBONG di atas punggungku, TAPI kamu menjadi HINA dan REMEH di dalam perutku".

:::"Kamu BERJALAN DENGAN BERSUKA RIA  di atas punggungku, TAPI kamu jatuh KESEDIHAN dalam perutku".

:::"Kamu BERJALAN dalam CAHAYA  di atas punggungku, TAPI kamu akan duduk dalam KEGELAPAN yang gelap gelita dalam perutku".

:::"Kamu BERJALAN untuk BERJEMAAH di atas punggungku, TAPI kamu duduk SENDIRIAN dalam perutku".

Disebutkan dalam hadith, bahawasanya kubur itu setiap hari memanggil 3 kali:
>>>"AKU ADALAH RUMAH PERSENDIRIAN, DI PENUHI BINATANG BUAS, KALA JENGKING DAN ULAR".
>>>"AKU ADALAH RUMAH YANG GELAP".
>>>"AKU ADALAH RUMAH SINGGAT".

Diterangkan dalam riwayat yang lain, bahawasanya kubur tiap hari memanggil 5 kali:

@@@"Aku rumah yang TERPENCIL, maka hendaklah kamu senang membaca AL-QURAN
@@@"Aku rumah yang GELAP, maka terangilah aku dengan SOLAT MALAM".
@@@"Aku rumah DEBU, maka bawalah tikar, iaitu berupa AMAL SOLEH".
@@@"Aku rumah ULAR, maka bawalah perlindungmu, iaitu BISMILLAHI RAHMANIRRAHIIM dan MENCUCURKAN AIR MATA".
@@@"Aku rumah PERTANYAAN Munkar dan Nakir. Maka perbanyaklah bacaan "LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMADUN RASULULLAH" di atas punggungku, agar kamu dapat menjawab setiap pertanyaan Malaikat Munkar dan Nakir".
Hadith Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa.
Maka berkata Izrail: “Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.”

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum,

    Alhamdulillah...isu yg baik untuk kita sama2 renungkan

    BalasPadam
  2. W'salam wbt :)

    Alhamdulillah,In Shaa Allah
    Syukran Katsiir..

    BalasPadam