01 April 2012

Dari Hati_ke Hati_

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah,Maha suci Allah,atas cinta dan rindu untuk ku merasai
dalam sujud seorang hamba..Allah Maha Besar
Sesungguhnya tidak ada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan-MU
Ya Allah
Selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, Ahli keluarga
dan sahabat baginda sekelian..
Syukur atas izin-MU,setiap apa yang berlaku
mengandungi hikmah yang cukup indah, ana percaya bahawa Allah
tidak akan mensia-siakan kebaikan hamba-NYA.
Alhamdulillah,dengan takdir Allah,ana ke kelas (sempoi)..biar pun kawan2 menyatakan
"itulah kau"itu dan ini..ana hanya tersenyum,hati ana berkata engkau tidak tahu 
apa yang ku tahu..Allah lebih tahu,
Allah,Perancang terbaik,biarpun kita merancang segah mana pun,
tapi jika tidak diizinkan Allah,tidak akan terjadi..
sudah penghujung semester ana bersama "mereka" yang ana anggap
seperti adik2 ana sendiri,ana memperhatiakn mereka satu persatu,
melihat mereka dengan penuh kasih dan sayang kerana Allah
ana tersenyum,seramai 28 orang termasuk diri ana,Allah..pelbagai ragam mereka
ni,setiap mereka ada keistimewaan tersendiri,
sorang macam tu sorang macam ni..baik buruk mereka ana terima kerana Allah,
biarpun umur ana lbh dari mereka,tapi hati ana senang berkawan dengan mereka
siapa ana hendak memilih,siapa ana nak membenci,sedangkan ana sendiri
tidak sempurna..biasalah sedangkan lidah lagi tergigit,tapi Alhamdulillah
ana cuba wujudkan keserasian,setakat ini tidak ada apa
yang tidak enak didengar,kadang2 ana bertanya kepada mereka..apakah
mereka selesa berkawan dengan ana..mahupun berkerjasama..tapi..jawapan mereka ana

tidak pertikaikan,kerana siapa ana nak berburuk sangka,maka ana pasti 
apa yang keluar dari bibir mereka benar2 ikhlas kerana Allah,
ada antara mereka yang ana serenok berbual,sehingga terbawa kepada
SMS..mungkin kerana karekternya yang ana senang,"mereka cukup istimewa"
tidak kenal maka tidak cinta..ada seorang budak kecik ni..hehe..
dalam dirinya penuh dengan cinta,sampai nama blognya pun..'Cinta'
dirinya mengingatkan pada diri ana yang ketika itu seusia dengannya.
tapi kan ana tertanya-tanya..kenapa dia tidak pernah
menegur ana,katanya "Malu",nak dengar suara dia Ya Allah,memang jarang sangat,
diam je..kadang2 ana pun nak tegur jadi malu,
Ya Allah,kami bertemu kerana-MU, dan kami berpisah Kerana-MU jua.InsyaAllah
ana pun baru beberapa bulan bersama mereka
banyak yang ana tidak tahu mengenai mereka..setiap hari proses
suai kenal..semoga Allah memberkati kami Dunia dan Akhirat,Amin Ya Rabbal Alamin.
semperna final exam yang bakal menjelang
tidak lama lagi,ana mendoakan agar kami sama2 berjaya
dekan InsyaAllah..Amin Ya Rabb..berusahalah!!tanpa berputus asa..
Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum jika kita tidak usaha mengubahnya!!
^_^ sampai ketemu lagi InsyaAllah..wassalam





Tiada ulasan:

Catat Ulasan