29 Oktober 2012

SI KAYA YANG KEDEKUT 2

Pada waktu itu, turunlah ayat yang mewajibkan zakat kepada Nabi Muhammad s.a.w. Maka perintah zakat itu segera disampaikan oleh Rasulallah kepada segenap umat Islam. Ketika utusan Rasulallah, sampai kepada Sa'labah, beliau tidak mempercayai utusan itu, bahkan beliau mencurigai Rasulallah sendiri dengan katannya: "Ini hanya peraturan kerana cemburu saja disebabkan disebabkan kambingku yang banyak yang mesti dizakatkan. Hmh... memang pintar Rasulallah membuat peraturan!"

Melihat gelagat Sa'labah itu, maka utusan Rasulallah yang datang kepadanya segera menjawab: "Ini bukan peraturan yang dibuat-buat Rasuallah, Wahai Sa'labah. Ini adalah peraturan dari Allah melalui wahyu-Nya yang disampaikan kepada baginda. Adapun kami hanya sekadar menyampaikan kepadamu kerana disurah Baginda s.a.w.  Untuk engkau ketahui, harta yang engkau zakatkan itu adalah merupakan simpananmu yang bakal engkau terima nanti di hari kemudian."

Bagaimanapun , Sa'labah tidak memperdulikan kata-kata utusan Rasulallah itu, dia masih enggan untuk 
tidak membayar zakatnya, maka utusan itu keluar dengan keadaan hampa. Kemudian mereka ke rumah Salma, salah seorang hartawan di Madinah, dan mereka menyampaikan maksud kedatangan mereka, tanpa banyak soal Salma menghitung untanya, kemudian ditangkapnya beberapa ekor untuk diserahkan sebagai zakat. "Inilah  zakat ternak saya, kalau lebih dari sepatutnya, maka lebihnya itu menjadi sedekah bagi saya," ujar Salma. "Semoga dibalasiAllah segala yang engkau berikan , dan diberkati-Nya harta yang tinggal padamu dan di jadikan zakatmu sebagai pembersih hartamu." Setelah terkumpul semua zakat daripada orang-orang kaya di Madinah, maka mereka kembali ke rumah Sa'labah. "Saya harap saudara-saudara bersabar dahulu buat sementara waktu, sebab saya perlu menghitung kambing-kambing saya. Maka amil zakat itu terpaksa akur dengan permintaan Sa'labah, dan mereka pun pulang dalam keadaan hampa. Bagaimanapun Sa'labah tetap Sa'labah, dia tidak pernah menghitung kambing-kambingnya seperti yang dijanjikan kepada amil zakat tersebut.

Pada masa itu turunlah Firman Allah, dalam surah Al-Baqarah ayat 75-78: "Diantara mereka ada yang berjanji kepada Allah. Sekiranya saya diberi rezeki yang banyak, saya akan banyak memberi sedekah, saya akan menjadi soleh. Tetapi, setelah mereka memperoleh rezeki yang melimpah ruah, lalu mereka menjadi bakhil dan berpalig dari janjinya. Akhirnya mereka ditimpa penyakit munafiq pada hari di mana mereka itu kembali kepada Allah, disebabkan mereka mengingkari janjinya sendiri dan disebabkan kebohongan mereka. Apakah mereka tidak tahu, bahawa Allah itu Maha Mengetahui segala rahsia dan apa-apa yang tersirat dalam hati mereka, dan bahawa Allah itu mengetahui segala perkara yang ghaib."

Salah seorang sahabat Sa'labah yang mendengar turunnya ayat itu, lantas memberitahu Sa'labah."Berhati-hatilah wahai Sa'labah, apakah kambing-kambingmu yang banyak akan engkau bawa mati?. Bukankah engkau telah berjanji Kepada Allah dan bukan hanya kepada Nabi Muhammad? Sa'labah sahabatku, zakat yang diminta oleh utusan itu bukanlah untuk baginda dan bukan baginda mengada-adakan hukum zakat  Meraka adalah amil zakat yang ditugaskan untuk mengutip zakat umat Islam atas perintah Rasulallah. Adapun zakat itu untuk membersihkan hartamu demi kepentingan dirimu kelak di hari pembalasan. Kini kedegilanmu membayar zakat telah menyebabkan turunnya Firman Allah, ujar sahabatnya sungguh-sungguh.

Penjelasan yang diberikan oleh sahabatnya itu, membuatkan Sa'labah menjadi sedar akan kesalahan dan keangkuhannya selama ini. Bukan sahaja insaf, tetapi Sa'labah juga merasa takut yang amat sangat. "Mudah-mudahan saya belum terlambat!" fikirnya. Sa'labah pun pergilah berjumpa Rasulallah dengan membawa berpuluh-puluh ekor kambing utuk dizakatkan. Melihat kedatangan Sa'labah, dengan tersenyum Rasulallah bertanya: "Hendak kemana engkau bawa kambing-kambing ini, hai Sa'labah?" "Kambing-kambing ini adalah zakat hamba, Ya Rasulallah. Terimalah zakat hamba ini!" pinta Sa'labah. Rasulallah menggelengkan kepala, sambil mengatakan bahawa baginda tidak boleh lagi menerima zakat itu, bahkan pintu zakat sudah tertutup bagi Sa'labah. Mendengar kata-kata Rasulallah itu, Sa'labah menangis sekuat-kuatnya,dia memukul kepalanya dan menaburkan pasir dan tanah diatas kepalanya, perbuatannya sepeti orang gila.

Masa terus berjalan, kambing Sa'labah semakin berkembang biak. Tapi kambing-kambing itu kini tidak menjadi kebanggaan bagi Sa'labah, malah menjadi seksaan buatnya. Pernah juga cuba untuk di jual tetapi, tiada siapa yang mahu membeli kambing-kambingnya itu. Akibatnya, walaupun zahirnya Sa'labah kelihatan sebagai orang kaya-raya, tetapi sebenarnya beliau lebih miskin daripada orang-orang yang melarat didunia. Adapun Rasulallah sendiri, tetap tidak mahu menerima zakat, sehinggalah Rasulallah s.a.w wafat. Bukan sahaja Rasulallah yang tidak mahu menerima zakat Sa'labah, malah pada zaman Abu Bakar, Umar, seterusnya zaman khalifah Usman bin Affan semuanya menolak zakat Sa'labah itu.



firman Allah yang bermaksud : “ Ambillah sebahagian dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), dengan itu kamu membersihkan mereka (daripada dosa) dan menyucikan mereka (daripada akhlak buruk)…. 
(surah al-Taubah 19: 103)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan