28 Oktober 2012

SI KAYA YANG KEDEKUT



Pada zaman Rasulallah, ada seorang lelaki bernama Sa'labah bin Hatib. Pekerjaannya setiap hari ialah mengembala kambing miliknya. Kehidupannya cukup bersederhana, walaupun dia hanya memiliki beberapa ekor kambing saja. Sa'labah juga seorang yang taat menunaikan ibadah. Beliau selalu hadir solat berjemaah bersama Rasulallah s.a.w. Sebab, dia percaya dalam ajaran Islam, solat berjemaah itu lebih besar pahalanya dari solat bersendirian.

Namun demikian, Rasulallah amat hairan melihat kelakuan Sa'labah, setiap hari selesai solat, dia segera bangkit dan pulang ke rumah, padahal jemaah lain masih duduk berzikir dan berdoa bersama Rasulallah. Pada suatu hari, Rasulallah bertanya kepada Sa'labah: "Hai Sa'labah, mengapa engkau selalu cepat bangkit dari tempat dudukmu, apabila selesai solat, dengan agak-agak malu Sa'labah menjelaskan kepada Rasulallah, bahawa dia mempunyai sehelai kain untuk bersolat. Oleh kerana itu beliau perlu cepat pulang kerumah agar kain yang dipakai, dapat pula dipakai isterinya untuk bersolat.

Disebalik ketaatan Sa'labah itu, beliau ada menyimpan cita-cita untuk menjadi kaya. Pada mulanya hasrat itu murni, supaya dapat membeli kain yang cukup untuk bersolat, serta mampu bersedekah, berwakaf dan sebagainya. Maka pada suatu hari Sa'labah berjumpa Rasulallah s.a.w, dan beliau berharap agar baginda dapat berdoa pada Allah, supaya beroleh kekayaan dan rezeki yang banyak. Mendengar permintaan Sa'labah itu, Rasulallah, memandang wajah Sa'labah dengan penuh hairan, lalu baginda bertanya: "Untuk apa rezeki yang banyak wahai Sa'labah?" Sa'labah terdiam, boleh jadi dia malu kepada Rasulallah "Sa'labah...!! Apakah dengan rezeki yang banyak maka makanmu akan lebih banyak dan pakaianmu akan berlapis-lapis, atau engkau akan membuat rumah yang besar tempat engkau dan ahli keluargamu bersuka ria. Menurut pendapatku, wahai Salabah lebih rezeki yang sederhana yang diberkati Allah daripada reziki yang banyak tetapi menyusahkan kita kelak!!" ujar Rasulallah.

Sebelum sempat Salabah menjawab, Baginda menyambung perkataannya: "Apakah engkau sangka orang kaya itu senang hidupnya? Sa'labah..! orang-orang kaya itu sibuk siang malam mengurus harta kekayaannya. Apabila malam datang, mereka dilanda perasaan khuatir, kalau hartanya dicuri atau dirompak orang. Percayalah Sa'labah . orang kaya itu lebih susah fikirannya daripada orang miskin!" ujar Rasulallah. "Percayalah Sa'labah kalau engkau jadi kaya, amal ibadahmu akan berkurang, engkau tak taat lagi beribadah seperti sekarang, sebahagian fikiranmu akan tertumpu pada harta kekayaanmu, kekhusyukanmu beribadah tidak ada lagi, sebab engkau ingin cepat mengurus hartamu, boleh jadi hartamu akan menjadi Tuhanmu!" jelas Rasulallah.

Sa'labah, bukan makin insaf, malah ketamakkan untuk menjadi kaya makin meluap-luap, lalu dia menyampaikan permohonan lagi pada Rasulallah agar diberi rezeki yang banyak
Rasulallah bersabda: "Bukankah sudah ku katakan kepadamu, hai Sa'labah bahawa harta kekayaan yang banyak itu akan membuat kau sibuk setiap hari, dan lebih banyak mudarat dari manfaat. Cubalah engkau teladani kehidupanku wahai Sa'labah. Kalau aku mahu, aku dapat mendoakan kepada Tuhan, supaya gunung-gunung itu menjadi emas, pasir-pasir dipantai dan digurun ini menjadi mutiara, tetapi apa guna semua itu."

Apa yang dikatakan Rasulallah, langsung tak di hirau oleh Sa'labah, sekali lagi Sa'labah memohan pada Baginda, tetapi kali ini disertakan dengan alasan yang kuat: "Kalau aku kaya kelak, maka kaum miskim dan melarat akan aku tolong sehingga kemiskinan tiada lagi di kampung ini, akan ku dirikan Baitul Mal dimerta tempatsehingga tiada lagi musafir yang kelaparan dan kehausan. Tiada lagi anak yatim piatu yang terlantar, dan bermacam lagi janji Sa'labah. Mendengar ucapan Sa'labah yang bersungguh-sungguh, di samping telah bosan mendengar permintaan Sa'labah yang berulang-ulang, maka Rasulallah pun berdoa kepada Allah. Maka Allah mengabulkan permintaan hamba dan Rasul-Nya. Rezeki Sa'labah semakin bertambah, dengan kambing yang tidak terkira, dipenuhi di gurun, di bukit semua ternakkannya sihat dan gemuk-gemuk belaka. Semenjak ternakkannya bertambah, ibadahnya telah mula berkurang, solat berjemaah tidak kelihatan lagi, dulu sebelum beroleh harta kekayaan Sa'labah pernah berjanji dihadapan Rasulallah untuk membantu orang miskin dan sebagainya, tetapi kini semua tinggal janji.





Bagi Sa'labah, makannya sendiri pun semakin berkurang. Walaupun kambingnya mencapai ribuan ekor, namun dia tidak pernah merasa kelazatan daging kambing, pakaiannya tidak pernah bertukar, kalau bertukar pun setahun sekali, kerana kedekutnya bukan sahaja pada diri, tetapi pada orang lain juga. Maka keadaan Sa'labah miskin daripada orang yang paling miskin di Madinah ketika itu.                                                                                                                                                      


                                                                                                                                     bersambung.......
                                        

Tiada ulasan:

Catat Ulasan